Ad

Sunday, 13 March 2016

JDT rampas kembali takhta liga, Perak terikat lagi

AHAD, 13 MAC 2016 @ 11:43 PM

 
PEMAIN PDRM, Ashfaq Ali cuba melepasi kawalan pemain pertahanan JDT, Marcos Antonio dalam pertemuan Liga Super di Stadium Hang Jebat. - Foto Rasul Azli Samad

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan PDRM 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala Perak dan Terengganu FC (TFC) II terikat 0-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Kemenangan itu melonjak JDT ke tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata ke atas FELDA United di tangga kedua, serta mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. JDT bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga penalti minit ke-48 yang disempurnakan kapten pasukan, Safiq Rahim untuk menembusi benteng PDRM, dan Jorge Pereyra Diaz menambah jaringan pada minit ke-76.

Di Stadium Perak, skuad tuan rumah kendalian Syamsul Saad mencatat keputusan seri kali keempat musim ini, dan yang ketiga di laman sendiri selepas turut seri menentang Kelantan dan Kedah. Ketajaman jentera serangan Perak terus menimbulkan tanda tanya selepas hanya meledak satu gol dalam aksi Liga Super, ketika terikat 1-1 dengan Pulau Pinang pada 1 Mac lalu. 
PEMAIN Perak, Amirul Azhan Aznan melepasi asakan pemain TFC II, Mohamad Arif Fadzilah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh. - Foto BERNAMA


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/133454

No comments:

Post a Comment