Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Thursday, 17 March 2016
Azuan resah pemain lalai
LAURENT (kanan) menjaringkan dua gol untuk pasukan Johor pada perlawanan
menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelmarin.
Sudah selesa dengan tiga gol pada separuh masa pertama, tetapi terlalu
mudah pula bolos dua gol pada aksi separuh masa kedua.
Itulah yang berlaku dengan skuad bimbingan Azuan Zain itu pada perlawanan
Liga Perdana menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang malam kelmarin.
Nasib baik menang 3-2 walaupun pada satu ketika meresahkan Azuan.
Sambil menyifatkan situasi itu tidak wajar berlaku, Azuan ternyata kecewa
apabila anak buahnya dilihat mula hilang tumpuan setelah mendahului tiga gol.
“Seringkali saya ingatkan kepada pemain, permainan bola sepak ialah 90
minit, bukannya kurang daripada itu.
“Saya akan ‘bambu’ (tegur) mereka selepas ini bagi memastikan perkara ini
tidak berulang pada perlawanan seterusnya,” katanya kepada KOSMO! semalam.
Pada perlawanan itu, dua gol Johor dijaringkan oleh tonggak importnya,
Tumba Laurent dan satu menerusi Otelo Ocampos Espinola sekali gus mengukuhkan
kedudukan mereka di persada liga dengan 16 mata, selain masih kebal dengan
rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan.
Gol ATM pula dijaringkan menerusi Copral Preston dan Johari Ahmad.
Begitu pun, Azuan turut tidak menyembunyikan kegembiraannya terhadap
prestasi pemain-pemain Jengking yang disifatkannya semakin matang pada setiap
perlawanan.
“Kita sedar, semua pasukan terutamanya Kuala Muda Naza, KL Plus dan
Kelantan pastinya mahu memintas kedudukan kami pada bila-bila masa.
“Oleh itu, saya menuntut semua pemain supaya dapat mempamerkan aksi
terbaik serta meneruskan momentum kemenangan ketika bertemu Proton FC di
gelanggang sendiri Jumaat ini,” ujarnya bersemangat.
sumberArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz43AkWfwj1
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment