Ad

Monday 28 March 2016

Malaysia buru kemenangan

NURSURAYA ZULKIFLI  |  29 Mac 2016 12:21 AM
 Pemain negara menjalani latihan di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam
Pemain negara menjalani latihan di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam
PEMAIN negara menjalani latihan di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam menjelang perlawanan persahabatan menentang Macau di Stadium Hang Jebat, malam ini.
MELAKA – Memburu kemenangan menjadi fokus utama skuad Harimau Malaysia apabila menentang Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam ini.
Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mengambil serius pertemuan itu biarpun ia hanya perlawanan persahabatan bagi mengurangkan jurang ranking dunia selepas tewas 2-0 kepada Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah, minggu lalu.
Katanya, prestasi pemain berada pada tahap positif dan anak-anak buahnya tampak lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan tersebut.
“Kita mempunyai masa untuk membuat latihan dan keadaan pemain mempamerkan kesungguhan mereka untuk turun beraksi walaupun perlawanan persahabatan namun ia melibatkan ranking pasukan negara.
“Ranking amat penting pada kita, ia berbeza dengan menentang Arab Saudi iaitu kita lebih bertahan dan pastinya kita akan memberi kelainan pada corak permainan ketika menentang Macau nanti,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Hang Tuah di sini, semalam.
Pengendali itu juga tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah keupayaan pasukan lawan walaupun mereka berada di ranking lebih rendah.
Skuad Harimau Malaysia ber­ada di kedudukan 166 dunia berbanding Macau yang menghuni ranking 195 dunia.
Dalam pada itu, Kim Swee berkata, beliau tidak pasti dapat menurunkan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak pada pertemuan malam ini berikutan kecederaan yang menimpa pemain itu.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan kita belum pasti mendapat khidmat Aidil di benteng pertahanan,” katanya.

- sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-buru-kemenangan-1.205831#sthash.7VQiGoqU.dpuf

No comments:

Post a Comment