Kuala Lumpur:
Pemain kelahiran Australia Brendan Gan yang membuat kemunculan sulung bersama
pasukan kebangsaan ketika tewas 0-2 kepada Arab Saudi pada aksi terakhir
pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, memasang tekad untuk
memastikan tempatnya dalam skuad Harimau Malaysia.
Katanya,
kesempatan diberikan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee ketika di Jeddah itu
membuatkannya teruja untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa berstatus
A menentang Macau di Stadium Hang Jebat, Selasa ini.
“Saya puas
dapat bantu pasukan negara mengekang Arab Saudi daripada membolosi lebih banyak
gawang kita.
“Kalau boleh
saya mahu teruskan aksi konsisten ini jika dipilih untuk beraksi menentang
Macau nanti,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Bekas pemain
Sydney FC itu yang kini mewakili Kelantan dalam saingan Liga Super, antara muka
baru yang mendapat kepercayaan Kim Swee bagi membarisi skuad kebangsaan kali
ini.
Selain Brendan
yang mendapat panggilan pertama dengan skuad senior ketika aksi di Stadium King
Abdullah Sports City itu, ia juga penampilan kedua buat pertahanan Selangor
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham di peringkat antarabangsa.
“Pasukan ini
skuad masa depan dengan jurulatih memanggil ramai pemain muda menyarung jersi
negara.
“Bagi saya pasukan
ini mempunyai masa depan cukup baik, sekiranya dikekalkan tidak mustahil kami
mampu mencabar kejuaraan Piala AFF penghujung tahun nanti,” kata pemain
naturalisasi itu.
Artikel ini
disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 5:05 AM
BRENDAN (kiri)
harap terima kepercayaan Kim Swee menentang Macau.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/125689#sthash.inKKKUW6.dpuf
No comments:
Post a Comment