15 Mei 2016
11:22 PM
LEE CHONG
WEI membalas pukulan pemain England, Toby Penty dalam perlawanan pembukaan
Piala Thomas di Kunshan, China, semalam. BERNAMA
KUNSHAN,
China 15 Mei - Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan
apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas England dalam saingan yang berlangsung
di Kompleks Sukan Kunshan, di sini sebentar tadi.
Datuk Lee
Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama tidak berdepan masalah
menumpaskan Toby Penty 21-15, 21-11 dalam tempoh 34 minit bagi meraih mata
pertama Malaysia.
Beregu utama
negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjadikan kedudukan 2-0 selepas menundukkan
Marcus Ellis-Chris Langride 21-12, 21-17 dalam aksi yang memakan masa 40 minit.
Chong Wei
Feng yang diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran perseorangan kedua tampil
cemerlang dengan mengesahkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Sam
Pasrsons 21-10, 21-10.
Bagaimanapun,
beregu berpengalaman negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal meraih mata
keempat negara apabila tewas 18-21, 21-13, 17-21 kepada Peter Briggs-Tom
Wolfenden.
Perseorangan
ketiga negara, Goh Soon Huat pula dipaksa bekerja keras hingga ke set penentuan
sebelum merekodkan kemenangan 21-15, 19-21, 21-13 ke atas Alex Lane. - UTUSAN
ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/malaysia-tumpaskan-england-dalam-aksi-sulung-1.326386#sthash.PNvbCu6L.dpuf
No comments:
Post a Comment