20 Mei 2016
8:35 PM
KUNSHAN,
China 20 Mei - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dipaksa berhempas
pulas sebelum membantu Malaysia mendahului Denmark 1-0 dalam perlawanan separuh
akhir Piala Thomas, di sini, sebentar tadi.
LEE CHONG
WEI menghadiahkan mata pertama Malaysia selepas menundukkan Viktor Axelsen
23-21, 21-18 di Kunshan, China, hari ini. - BERNAMA
Pemain No. 2
dunia itu diheret dalam pertarungan hampir sejam sebelum menundukkan juara
remaja dunia 2010, Viktor Axelsen 23-21, 21-18.
Kemenangan
ini membolehkan Chong Wei mengukuhkan rekod pertemuan kepada 9-0 ke atas pemain
muda berusia 22 tahun itu.
Cabaran
Malaysia kini akan diteruskan oleh beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang
berdepan pasangan No. 8 dunia, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen, manakala
Iskandar Zulkarnain Zainuddin bakal menentang Hans-Kristian Vittinghus selepas
Denmark membuat kejutan menggugurkan pemain No. 5 dunia, Jan O Jorgensen.
Beregu Koo
Kien Keat-Tan Boon Heong pula dijadual menentang Kim Astrup-Anders Skaarup
Rasmussen dan Chong Wei Feng akan bertemu Emil Holst seandainya saingan diheret
ke perlawanan penentuan. - UTUSAN ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/piala-thomas-chong-wei-sumbang-mata-pertama-1.332473#sthash.CZW7BgfZ.dpuf
No comments:
Post a Comment