Ad

Thursday 12 May 2016

Johor DT pamer watak sang juara

Oleh SHARKAWI LONDING
 
SAFEE (kanan) menjaringkan satu gol ketika membantu Johor DT menewaskan Bengaluru 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan H dalam saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) mempamerkan watak juara apabila mencatat keputusan bersih menang kesemua enam perlawanan peringkat Kumpulan H dalam sai­ngan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016.

Skuad bimbingan Ma­rio Gomez menjadikan Bengaluru FC sebagai mangsa terbaharu apabila menewaskan kelab dari India itu 3-0 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Kedua-dua pasukan yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kedua bagaimanapun buntu untuk menghasilkan jaringan pada babak pertama perlawanan.

Bagaimanapun, rentak permainan skuad Harimau Selatan berubah apabila Safiq Rahim dimasukkan bagi menggantikan Amri Yahyah pada babak kedua perlawanan.

Kemasukan Safiq ter­nyata membuahkan hasil apabila berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-69.

Lapan minit kemudian kelekaan benteng pasukan pelawat sekali lagi dihukum menerusi jari­ngan Safee Sali.

Mohd. Shakir Saari turut mencatat nama selaku penjaring apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk membolehkan Johor DT menewaskan Bengaluru 3-0.

Skuad Harimau Sela­tan mengukuhkan ke­dudukan sebagai pene­raju Kum­pulan H selepas me­ngumpul 18 mata hasil kemenangan dalam ke­semua enam perlawanan.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz48PbreqUQ Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment