06 Mei 2016
12:33 AM
KUANTAN 5
Mei – Ketua jurulatih Pahang FC Razip Ismail tetap optimis dengan kemampuan
pasukannya untuk layak ke pertandingan Piala Malaysia walaupun mengakui kecewa
dengan persembahan anak buahnya semasa menentang Kedah malam tadi.
RaziP Ismail
Beliau
berkata pemainnya yang mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri gagal
menyudahkan banyak peluang sehingga terpaksa menerima hakikat seri 1-1 dengan
skuad Lang Merah.
“Saya rasa
kami boleh menang perlawanan ini untuk mendapat tiga mata penuh tapi malangnya
kami gagal,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Darul
Makmur di sini, malam tadi.
Dalam
perlawanan itu, Kedah mendahului hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit
ke-26 sebelum gol penyamaan diperoleh menerusi jaringan German Pacheco pada
minit ke-64.
Dengan
keputusan itu Pahang kini menghuni kedudukan tiga terbawah dalam carta liga
dengan mengumpul sembilan mata daripada 10 perlawanan.
Mengulas
mengenai perlawanan dengan Johor Darul Ta’zim pada 18 Mei ini, Razip berkata
dia mengharapkan Pahang dapat melakukan sesuatu yang positif ketika bertandang
ke tempat lawan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment