Oleh AHMAD
FAZLI MOHD. YADI dan MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
BARISAN
pemain dan pegawai Johor DT meraikan kejayaan mereka selepas muncul juara
Superbest Power Piala FA 2016 hasil kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC pada final
di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
SKUAD Johor
Darul Takzim (Johor DT) membuktikan bahawa mereka serius untuk memburu lebih
banyak kejayaan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Bermula
dengan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih awal musim ini, skuad yang terkenal
dengan jolokan Harimau Selatan itu terus berada di puncak selepas bergelar
juara Superbest Power Piala FA ekoran kemenangan 2-1 ke atas PKNS pada final di
Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Walaupun
perjalanan Liga M musim ini masih panjang, dua piala sudah bertapak di bumi
Johor dan dua lagi iaitu Piala Malaysia dan Liga Super masih dalam pemburuan.
Jika rentak
cemerlang yang mereka pamerkan musim ini terus dipertahankan, tidak mustahil
keempat-empat piala pada kempen Liga M musim ini akan berada dalam genggaman
mereka.
Impian
tersebut memang menjadi cita-cita Johor DT, lebih-lebih lagi selepas kejayaan
mereka bergelar juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim lalu.
Pemain
paling berbangga dengan kejayaan tersebut sudah pastinya kapten Johor DT,
Safiq Rahim yang merupakan satu-satunya pemain sudah memiliki koleksi kejayaan
yang serba lengkap sejak menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu.
Safiq
menjelaskan, dia tidak mahu memandang ke belakang lagi dan akan terus melakukan
apa sahaja dalam misi membawa lebih banyak kejayaan buat Johor DT.
Menurutnya,
sasaran selepas ini sudah pastinya mahu membawa Johor DT layak beraksi pada
kempen Liga Juara-Juara Asia.
Tanpa
berselindung, pemain berusia 29 tahun tersebut juga optimis bahawa impian itu
bukanlah satu perkara mustahil jika semua barisan pemain Johor DT meneruskan komitmen
yang tinggi dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.
“Kami tidak
boleh menoleh ke belakang lagi, sebaliknya terus mengorak langkah bagi
memastikan skuad Johor DT terus berada di puncak kejayaan. Setiap perlawanan
adalah penting, oleh itu kami harus sentiasa fokus sehingga ke penghujung
musim,” jelas Safiq.
Menurutnya
lagi, semangat berpasukan harus dipertahankan kerana ia merupakan kunci
kejayaan buat skuad Johor DT setakat ini.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz48pi3hXCH
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment