Oleh
JALALUDDIN BAHARIN
ZAMRI (kiri)
merangkul jersi merah pada peringkat pertama Jelajah Azerbaijan 2016 di Baku
kelmarin.
PELUMBA
basikal berpengalaman negara, Mohd. Zamri Salleh berjaya membuktikan bahawa
usia bukan penghalang baginya untuk menakluk podium peringkat pertama pada
Jelajah Azerbaijan 2016 kelmarin.
Ia dapat
dibuktikan apabila pelumba berusia 33 tahun itu berjaya meraih gelaran Raja
Bukit (jersi merah) pada perlumbaan sejauh 153.53 kilometer yang bermula di
Baku itu.
Kejayaan itu
sekali gus menyaksikan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu mencipta
sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang berjaya menduduki podium pada
kejohanan bertaraf Jelajah Eropah kelas 2.1.
Menurut
Mohd. Zamri, kejayaannya itu sebenarnya bertitik tolak daripada perasaan ingin
mencuba untuk keluar daripada kumpulan besar pelumba dan bergerak secara solo
sejauh kira-kira 60 kilometer.
“Alhamdulillah,
sebenarnya saya tidak menyangka boleh menyarung jersi merah. Saya pun tidak ada
perancangan untuk bergerak secara solo dan keluar daripada kelompok besar
pelumba.
“Bagi saya,
tidak salah sekiranya mahu mencuba sesuatu yang lain daripada perkara yang
biasa saya lakukan. Jika kita ikut pada laluan, pada hari ini (kelmarin) cuaca
agak berangin dan apabila perlumbaan bermula, semua pelumba kelihatan sangat aktif.
“Namun,
selepas 20 kilometer perlumbaan berlangsung, kumpulan pelumba sudah mula
berpecah dan ketika itulah saya mengambil peluang untuk bergerak secara solo.
“Saya dapat
meraih gelaran raja bukit semasa berkayuh di kilometer ke-58 dan semasa memasuki
kilometer ke-80, baru kumpulan besar pelumba dapat mengejar saya daripada
belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sebagai
rekod, sebanyak 21 pasukan dari Eropah dan Asia berentap pada Jelajah
Azerbaijan 2016 yang mempunyai lima peringkat perlumbaan dengan jarak
keseluruhan sejauh 791 kilometer.
Dalam
perkembangan sama, Zamri turut mengakui agak kecewa kerana rakan sepasukan yang
juga adiknya, Mohd. Harrif Salleh terlibat dalam kemalangan kira-kira 40
kilometer sebelum perlumbaan menuju ke garisan penamat.
“Saya rasa
agak kecewa kerana pakar pecut kita terlibat dalam kemalangan dan jika ia tidak
berlaku, sudah tentu kita mampu meraih kedudukan terbaik,” ujarnya.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz47tEm5d5p
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment