RABU, 25 MEI
2016 @ 9:47 PM
KUALA
LUMPUR: Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah selangkah mara
ke suku akhir apabila mendahului Kaya FC dari Filipina 4-0 sebaik berakhir
separuh masa pertama saingan 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.
Juan Lucero
menjaringkan gol pertama JDT pada minit ke-14 menerusi sepakan percuma selepas
berlaku kekasaran betul-betul di luar kotak penalti pasukan lawan. Jorge
Pereyra Diaz kemudiannya menambah satu gol hasil sepakan penalti selepas dia
dijatuhkan pada minit ke-23.
Tidak cukup
dengan itu, JDT menggandakan asakan dan hasil serangan balas pantas menerusi
Diaz, Azamuddin Mohd Akil menguis bola ke gawang Kaya FC untuk gol ketiga pada
minit ke-32. Selang lapan minit selepas itu, Azamuddin sekali lagi mencatat
nama selaku penjaring menerusi sepakan lencong menarik yang terus menerjah
gawang pelawat.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/157481
No comments:
Post a Comment