Firdaus
Hashim-firdaushashim@hmetro.com.my
Shah Alam:
Veteran Selangor kali ini tampak lebih bersedia apabila menumbangkan Veteran
Singapura 2-0, di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pada aksi
yang disaksikan hampir 40,000 penyokong itu, skuad Veteran Selangor melancarkan
serangan bertali arus bagi memburu gol awal sebaik pengadil, Shukri Harun,
meniup wisel.
Shahrin
Majid membuka tirai jaringan menerusi gelecekan lincahnya yang berjaya
menewaskan dua pertahanan sebelum mudah merembat masuk pada minit ke-16.
Tuan rumah
menambah derita pelawat menerusi gol kedua dengan kali ini disumbangkan Dollah
Salleh yang menanduk cantik pada minit ke-24 sekali gus keputusan 2-0, itu
kekal hingga tamat aksi.
Piala Sultan
Selangor diilhamkan oleh baginda sendiri yang membabitkan pasukan pilihan serta
veteran Selangor dan Singapura bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Baginda juga
adalah penaung kejohanan yang diperkenalkan sejak 2001 yang ketika itu dikenali
sebagai Piala Pemangku Raja Selangor.
Sumber-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 11:53 PM
SHAHRIN
Majid meneima ucap tahniah dari Datuk Soh Chin Aun selepas menjaringkan gol
pertama menentang veteran Singapura pada aksi Piala Sultan Selangor 2016 di
Stadium Shah Alam. FOTO Hasriyashah Sabudin
No comments:
Post a Comment