DARI kiri,
Gomez, Safiq, Shahrul serta Elavarasan bersama trofi berprestij Piala FA yang
menjadi rebutan Johor DT dan PKNS FC pada aksi final di Stadium Shah Alam malam
ini.
JOHOR Darul
Takzim (Johor DT) dan PKNS FC akan membuat perhitungan untuk menentukan pasukan
yang lebih layak merangkul trofi Superbest Power Piala FA di Stadium Shah Alam
malam ini.
Skuad
Harimau Selatan yang kali terakhir memenangi trofi itu pada tahun 1998 pasti
mahu mengulangi pencapaian bersejarah itu, manakala pentas final pertama The
Red Ants mahu dibuktikan dengan kejayaan manis merangkul Piala FA yang mula
diperkenalkan pada tahun 1990.
Jurulatih
Johor DT, Mario Gomez serta rakan sejawat PKNS, E. Elavarasan sudah mencongak
taktikal dan mengatur strategi buat skuad masing-masing dan menjadi tugas 22
pemain kedua-dua pasukan untuk menterjemahkan dengan kejayaan.
“Matlamat
kami adalah sentiasa mahu mencapai kemenangan. Setiap perlawanan itu adalah perjuangan
untuk menang dan kami hanya mahu menang sahaja,” ujar Gomez.
Elavarasan
pula menyifatkan tiada yang mustahil untuk dilakar oleh The Red Ants, walaupun
bakal turun selaku pasukan underdog.
SUMBER-Artikel
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz48auuc8j8
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment