KHAMIS, 5
MEI 2016 @ 8:07 AM
ZOY meninggal dunia kira-kira
jam 4 pagi tadi di HTAR Klang. - Foto Facebook SHAH ALAM: Bekas Ketua Unit
Grafik Berita Harian, Mohd Zohri Sukimi, 57, meninggal dunia kira-kira jam 4
pagi tadi ketika menjalani rawatan membabitkan masalah usus di Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Beliau yang lebih dikenali sebagai Zoy adalah
kartunis terkenal dengan beberapa karya popular termasuk 'Takluk Jagat', 'Keris
Gajah Sewu' dan 'Badai Selatan', meninggalkan BH menerusi Skim Pemisahan
Persetujuan Bersama (MSS) pada 15 Disember 2014. Jenazah dijangka dibawa ke
rumahnya di Batu 8, Sijangkang, Banting untuk urusan pengebumian, pagi ini.
Jenazah Kartunis Zoy selamat dikebumikan Selanjutnya di
http://www.bharian.com.my/node/150455
SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/150396
No comments:
Post a Comment