‘Pemain kita
ada potensi, harap bersabar’
MOHAMMAD
ROZAIDI ZULKIFLI | 30
Mei 2016 1:05 AM
KELANA JAYA
17 Mac 2016 - Ketua Jurulatih Pasukan Malaysia, Datuk
ONG KIM SWEE
percaya Harimau Malaysia akan menampilkan aksi berbeza menentang Timor Leste.
KUALA LUMPUR
29 Mei - Mahu merahsiakan taktikal sebenar atau itu sahaja kemampuan skuad
Harimau Malaysia apabila terus membuat peminat bola sepak negara berasa kecewa
selepas sekadar seri 0-0 dengan Myanmar dalam aksi persahabatan di Yangon.
Bagaimanapun
ujian sebenar skuad negara adalah ketika menghadapi dua perlawanan playoff
kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste pada 2 dan 6 Jun ini di Stadium
Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Bagi Ketua
jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui kehilangan tonggak tengah negara,
Safiq Rahim amat dirasai, namun beliau percaya barisan pemain yang sedia ada
mampu mempamerkan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya.
Malah beliau
juga menjelaskan barisan serangan memerlukan sedikit masa lagi untuk membentuk
keserasian dalam mempertajamkan sentuhan bagi menghasilkan jaringan.
“Dalam
pemikiran saya telah ada bayangan kesebelasan utama tapi mungkin akan ada
sedikit perubahan di beberapa posisi.
“Jelas
sekali jika ada Safiq dalam kesebelasan utama akan lebih memberi saya
kesenangan namun kecederaannya perlu dinilai.
“Di Larkin
nanti saya yakin barisan serangan mampu menjelmakan sesuatu kerana penyerang
perlukan masa untuk bentuk keserasian.
“Saya juga
yakin dan percaya dengan keupayaan Hazwan (Ahmad Hazwan Bakri), S. Kumaahran
dan Zaquan ( Zaquan Adha Abd Radzak) tapi kita harus sedikit bersabar. Beri
kami masa untuk mencari gabungan yang terbaik.
“Kami perlu
lebih klinikal bukan sahaja di depan gol tetapi juga dari segi percubaan tepat
ke arah gol dan ia datang dengan keyakinan serta keupayaan teknikal,” katanya.
Dalam
perlawanan semalam kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang
sepanjang 90 minit permainan dengan Myanmar, ranking ke-167 dunia kendalian
jurulatih dari Jerman, Gerd Zeise dan Malaysia, ranking ke-174 masing-masing
memiliki peluang terbaik menjaringkan gol.
Jurulatih
kelahiran Melaka itu juga memahami kekecewaan yang dirasai peminat ketika ini
tetapi Kim Swee berharap peminat-peminat bola sepak negara dapat turun memberi
sokongan padu di Larkin nanti.
“Kami
berharap untuk mempamerkan aksi lebih baik pada dua perlawanan playoff ketika
bertemu Timor Leste.
Tidak ada
keraguan bahawa kita perlu menjadi lebih baik tetapi yang perlu sedikit masa
dan saya harap semua akan faham bahawa pasukan ini tidak boleh dibina dalam
sekelip mata, jelasnya yang akan menyertai pasukan itu di Johor Bharu pada 30
Mei.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-tetap-optimis-1.336341#sthash.HGuYGTCR.dpuf
No comments:
Post a Comment