Pada hari ini 24.5.1919
J.L.Humprey telah dilantik menjadi Penasihat British yang pertama di
Terengganu. Dengan Perlantikan beliau ini gelaran 'Wakil' bagi pegawai-pegawai
British yang di tempatkan di Terengganu dihapuskan dan digantikan dengan
'Penasihat' yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas jika dibandingkan
dengan 'Wakil'. Peristiwa perlantikan Humphrey membawa erti yang besar kepada
British kerana ia merupakan permulaan campur tangan British secara langsung di
Terengganu. Punca campur tangan British di Terengganu adalah hasil daripada
perjanjian di antara British dengan Kerajaan Siam pada 30hb Mac 1909. Dalam
perjanjian ini Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan segala jajahan takluknya
termasuk Terengganu kepada British. Sultan Terengganu Sultan Zainal Abidin III
menganggap perjanjian ini tidak sah kerana Terengganu tidak pernah menjadi
jajahan takluk Siam. Pengiriman bunga emas pada tiap-tiap 3 tahun sekali kepada
Raja Siam itu hanya sebagai tanda persahabatan dan bukan sebagai ufti jajahan
takluk. Walau bagaimanapun pada 22 April 1910 Sultan Zainal Abidin bagi pihak
Kerajaan Terengganu telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan Gabenor
Sir John Anderson yang mewakili kerajaan British melalui perjanjian ini Sultan
Terengganu telah diperkenankan menerima seorang Penasihat British yang
bertanggungjawab menasihatkan Baginda dalam segala perkara kecuali mengenai
soal-soal agama Islam dan adat resam. Di samping itu Kerajaan Terengganu tidak
dibenarkan membuat sebarang perjanjian dengan kuasa asing kecuali dengan
kebenaran Kerajaan British. Sungguhpun demikian Sultan Terengganu masih dapat
mempertahankan negerinya dari dijajah British buat beberapa tahun. Cita-cita
kerjaan British menempatkan penasihatnya di Terengganu hanya dapat dipenuhi
pada hari ini dalam tahun 1919. Dengan ini maka bermulalah era pemerintahan
British di Terengganu setelah sekian lama wujud sebagai negeri yang merdeka.
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment