JANATUL
FIRDAUS YAACOB
26 MEI 2016
Mahali
ketika beraksi dalam perlawanan Piala AFC, semalam. - Foto Facebook Johor
Southern Tigers
IBARAT bidan
terjun apabila dipanggil semula menyarung jersi skuad negara, pertahanan Johor
Darul Ta’zim (JDT), Mahali Jasuli akan memanfaatkan pengalaman pentas Piala AFC
untuk membantu Harimau Malaysia aksi persahabatan menentang Myanmar, Sabtu ini,
lapor JANATUL FIRDAUS YAACOB.
Mahali
mengakui terkejut dengan panggilan pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim
Swee memandangkan dia sudah lama tidak menyertai aksi peringkat antarabangsa.
“Terkejut
jugalah, dah lama saya tak main bersama skuad kebangsaan tapi jika diberikan
peluang keemasan seperti ini saya sedia membantu dan pamerkan aksi terbaik.
“Saya janji
akan bekerja keras kerana ini perlawanan antarabangsa yang membabitkan imej dan
nama negara,” katanya yang diminta melapor diri hari ini (Khamis).
Menurut
pertahanan kental yang pernah membarisi skuad emas Piala Suzuki AFF 2010 dan
Sukan Sea 2009 serta 2011 lalu, dia bersedia menyahut cabaran meskipun
dipanggil pada saat-saat akhir.
“Saya
optimis masih ada masa dan ruang untuk persiapkan diri mental dan fizikal bagi
menggalas tugasan baharu ini.
“Pengalaman
bermain untuk JDT dalam aksi Piala AFC akan dimanfaatkan sebaiknya untuk
membantu mempertahankan gawang gol Malaysia daripada dibolosi,” katanya.
Mahali
dipanggil menggantikan Matthew Davies yang mengalami kecederaan akibat
kecederaan.
Menurut Kim
Swee, posisi Davies diganti Mahali
manakala kekosongan R Gopinathan masih belum dipastikan sama ada
memanggil dalam kalangan pemain JDT atau tidak.
Sumber-Sinar
Harian online 26 MEI 2016
No comments:
Post a Comment