20 Mei 2016
9:24 PM
GOH V SHEM
(kiri) dan Tan Wee Kiong menghadiahkan mata kedua Malaysia dalam separuh akhir
Piala Thomas selepas menewaskan pasangan utama Denmark, Mathias Boe-Mads
Conrad-Petersen 21-18, 21-18 di Kunshan, China, hari ini. - BERNAMA
KUNSHAN,
China 20 Mei - Selepas mempamer aksi tidak menentu sepanjang kempen di Kunshan,
Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamer kebangkitan pada waktu yang tepat apabila
mengejutkan gandingan utama Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen 21-18,
21-18 untuk meletakkan Malaysia mendahului 2-0 dalam separuh akhir kejohanan
badminton Piala Thomas, di sini, sebentar tadi.
Beregu utama
negara itu kalah dalam dua perlawanan terakhir menentang Taiwan dan Korea
Selatan, tetapi mempamer aksi meyakinkan ketika menentang pasangan No. 8 dunia,
Boe-Conrad-Petersen.
Kemenangan
ini membolehkan mereka memperbaiki rekod pertemuan ke atas pasangan Denmark itu
kepada 2-2.
Seandainya
Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya meneruskan rentak kemenangan di Kunshan
dengan mengalahkan Hans-Kristian Vittinghus, Malaysia akan menempah pertemuan
akhir dengan Indonesia.
Namun,
sekiranya keputusan perlawanan tidak berpihak kepada pemain No. 35 dunia itu,
persaingan akan ditentukan oleh pasangan Beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
yang dijadual menentang Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, manakala Chong Wei
Feng akan bertemu Emil Holst. - UTUSAN ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/piala-thomas-v-shem-wee-kiong-raih-mata-kedua-malaysia-1.332478#sthash.DAlSCmh9.dpuf
No comments:
Post a Comment