Oleh Firdaus
Hashim -firdaushashim@hmetro.com.my
Kelana Jaya:
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan senarai nama 25
pemain bagi menghadapi aksi persahabatan berstatus 'A' bertemu Myanmar di
Yangon 28 Mei ini, disusuli dua aksi play-off 1 kelayakan Piala Asia 2019
menentang Timor Leste pada 2 dan 6 Jun ini di Larkin.
Berdasarkan
senarai yang dipanggil kali ini, pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee hanya
mengekalkan 14 pemain yang tewas 2-0 kepada Arab Saudi pada aksi terakhir
kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia di Jeddah Mac lalu selain seri 0-0 dengan
Macau dalam aksi persahabatan di Melaka sebelum ini.
Selebihnya
Kim Swee menyenaraikan 11 muka baru termasuk tonggak tengah Johor Darul Ta'zim
(Johor DT), Amirulhadi Zainal serta pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abdul
Latiff Suhaimi dan Khair Muhammad Jefri Jones dari pasukan Melaka United.
"Inilah
'transisi' yang cuba saya lakukan dengan memanggil ramai pemain baru bagi
menggantikan pemain lama ke dalam pasukan.
"Walaupun
ini adalah penampilan pertama Latiff dan Khair di pentas antarabangsa saya
percaya kedua-duanya sudah bersedia menghadapi cabaran di peringkat tertinggi
ini," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, sebentar tadi.
Kesemua
pemain akan mula melaporkan diri di Wisma FAM pada Ahad ini kecuali 10 pemain
Johor DT yang akan hanya menyertai latihan pusat pada 26 Mei sehari selepas tugasan
Piala AFC bertemu kelab dari Filipina, Kaya FC di pusingan kedua selesai.
Senarai Nama
25 pemain yang dipanggil
1. Mohd
Izham Tarmizi (Johor DT)- Penjaga Gol
2. Mohamad
Aidil Zafuan (Johor DT)- Pertahanan
3. Mohamad
Fadhli Shas (Johor DT)- Pertahanan
4. Junior
Estdal (Johor DT)- Pertahanan
5. S
Kunanlan (Johor DT)- Pertahanan
6. Muhammad
Fazly Mazlan (Johor DT)- Pertahanan
7. Safiq
Rahim (Johor DT)- Tengah
8. Mohd
Amirul Hadi Zainal (Johor DT)- Tengah
9. S
Chanturu (Johor DT)- Tengah
10. Mohd
Amri Yahyah (Johor DT)- Penyerang
11. Muhammad
Shahrom Kalam (Selangor)- Pertahanan
12. Mohd
Azrif Nasrulhaq (Selangor)- Pertahanan/Tengah
13. R
Gopinathan (Selangor)- Tengah
14. Ahmad
Hazwan Bakri (Selangor)- Penyerang
15. Mohd
Farhan Abu Bakar (Kedah) - Penjaga Gol
16. Baddrol
Bakhtiar (Kedah) - Tengah
17. Mohamad
Amirul Hisyam (Kedah) - Tengah
18. Ahmad
Fakri Saarani (Kedah)- Tengah
19. Khairul
Fahmi Che Mat (Kelantan) - Penjaga Gol
20. Brendan
Gan (Kelantan) - Tengah
21. Christie
Jayaseelan (FELDA United) - Tengah
22. Abdul
Latiff Suhaimi (PDRM) - Tengah
23. Matthew
Davies (Pahang) - Pertahanan
24. S
Kumaahran (Pulau Pinang) - Penyerang
25. Khair
Muhammad Jefri Jones (Melaka United) - Pertahanan
Sumber-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 4:30 PM
Kim Swee
(kiri) pada sidang media mengumumkan pemain skuad kebangsaan di Wisma FAM. FOTO
NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
No comments:
Post a Comment