Perubahan
taktikal Johor DT
Oleh WAN NOR
ZURAIHAH WAN ALI
GOMEZ (dua
dari kanan) berjabat tangan dengan pembantu jurulatih Bengaluru, Matthew
Holland menjelang aksi terakhir Kumpulan H saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri
Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
JURULATIH
Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez akan menurunkan pasukan simpanan
pada aksi menentang Bengaluru FC dalam saingan terakhir Kumpulan H, Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan
Yunos, Larkin malam ini.
Langkah
tersebut dilihat sebagai strategi pengendali dari Argentina itu yang mahu
merehatkan kesebelasan utama yang bakal berdepan cabaran final Superbest Power
Piala FA menentang PKNS di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Bagaimanapun,
Gomez tetap mahukan anak-anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang dengan
menyapu bersih tiga lagi mata berharga malam ini, sekali gus mara dengan rekod
tanpa kalah dalam kempen Piala AFC 2016 setakat ini.
“Pada
perlawanan ini, saya akan melakukan sedikit perubahan terhadap percaturan
pasukan dengan merehatkan beberapa pemain utama.
“Saya akan
menurunkan pemain sama yang membantu Johor DT menewaskan Ayeyawady 2-1 di
Yangon, Myanmar sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Johor Bahru
semalam.
Tambahnya,
biarpun mereka yang bakal diturunkan bukan pemain utama, namun kesemuanya
mempunyai kualiti tersendiri dan beliau optimis dapat melihat aksi yang
cemerlang ketika menentang kelab dari India itu.
“Biarpun
kami sudah layak ke pusingan seterusnya sebagai pendahulu pasukan, saya tetap
mahu Johor DT memburu kemenangan ke atas Bengaluru pada perlawanan terakhir
peringkat kumpulan, terutamanya beraksi di laman sendiri,” katanya.
Dalam pada
itu, Junior Eldstal meluahkan keterujaan untuk kembali beraksi selepas diberi
kepercayaan oleh Gomez setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Sekiranya
pemain dapat beraksi mengikut percaturan ampuh yang disusun ketua jurulatih
(Gomez), pastinya kita tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata,”
katanya.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz48LiXZ8LL
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment