Oleh MUHD.
ARDIE PUTRA SUHAIMI
RONALDINHO
(tengah) bakal terlepas peluang pada aksi menentang Kelantan di Kota Bharu
malam ini akibat kecederaan.
SKUAD
Selangor optimis rentak sumbang pasukannya dalam beberapa siri perlawanan
sebelum ini akan berakhir sekiranya para pemain melipatgandakan usaha untuk
mengutip tiga mata penuh menjelang pertemuan dengan Kelantan di Stadium
Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
Sang Gergasi
Merah itu dikritik hebat lantaran gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman
sendiri selepas seri tanpa jaringan dengan skuad The Red Warriors terutama
apabila pasukan pelawat hanya beraksi dengan 10 pemain selama lebih 60 minit pada
aksi di Stadium Shah Alam Rabu lepas.
Sebelum itu,
moral juara Piala Malaysia 2015 itu agak terjejas ekoran penyingkiran awal pada
saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas di tangan wakil
Singapura, Tampines Rovers minggu lalu ketika pasukan hanya memerlukan
keputusan seri untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Menurut
pengendalinya, Zainal Abidin Hassan, dia mahu anak-anak buahnya menampilkan
corak serangan yang lebih agresif selain menggandakan usaha untuk memastikan
pasukan membawa pulang tiga mata penuh.
“Saya akui
kami tidak boleh lagi kehilangan mata dalam usaha memberi tekanan kepada dua
pendahulu liga, Felda United dan Johor Darul Takzim (Johor DT). Justeru, saya
mensasarkan tiga mata penuh harus berada dalam genggaman untuk memastikan
Selangor terus memberi saingan dalam liga.
“Saya mahu
semua pemain menampilkan aksi yang lebih komited selain berharap setiap peluang
yang dicipta dapat disudahkan dengan sebaik mungkin,” kata Zainal ketika
dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam
perkembangan sama, Zainal mengakui kem pasukan Merah Kuning sedikit terencat
ekoran beberapa pemain utama dihimpit kecederaan pada aksi menentang Kelantan
sebelum ini.
“Saya boleh
sahkan Patrick (Ronaldinho) dan Saiful (Ridzuwan) tidak dapat diturunkan tetapi
kecederaan mereka tidak terlalu serius. Namun, peluang untuk Azrif (Nasrulhaq)
kembali mengisi posisi bek kanan dilihat cerah selepas dilihat semakin cergas
sehingga terpaksa diketepikan pada saingan lepas.
“Sehubungan
itu, saya lihat posisi di bahagian serangan akan dirombak dan kemungkinan akan
diambil alih oleh pemain muda, Adam (Nor Azlin) atau penyerang senior, Abdul
Hadi Yahya,” jelasnya lagi.
Selangor
kini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 19 mata selepas mengharungi 11
perlawanan.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz49IaP96d6
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment