Ad

Thursday 26 May 2016

Kim Swee panggil Zaquan ke kem Harimau Malaysia

KHAMIS, 26 MEI 2016 @ 6:12 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
AKSI Mohd Zaquan Adha Abd Razak (kiri) yang mewakili Johor DT II, sewaktu menentang Kuantan FA pada Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang pada 20 Mei lalu. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin KELANA JAYA: Penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Zaquan Adha Abd Razak dipanggil kembali menyertai skuad kebangsaan hari ini. Perkara itu disahkan pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee pada sesi latihan, sebentar tadi. Kim Swee berkata, Zaquan akan melapor diri malam ini apabila tiba di tanah air selepas kembali daripada bercuti bersama keluarga. Penyerang yang boleh beraksi sebagai pemain sayap itu dibawa masuk bagi menggantikan pemain sayap Selangor, R Gopinathan yang digugurkan akibat masalah kecederaan hamstring.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/157787


No comments:

Post a Comment