13 MEI 2016
Safiq RahimReaksi Safiq selepas menjaringkan
gol pertama hasil sepakan penalti. - Foto oleh KAMARUL AKHIR / www.asia na.my
KAPTEN Johor
Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak
memandang rendah kemampuan PKNS FC apabila membuat perhitungan di pentas final
Piala FA di Stadium Shah Alam, malam esok.
Menurut
Safiq, kemampuan PKNS FC yang dibimbing E Elavarasan terbukti dengan kejutan
yang dilakukan ke atas beberapa pasukan Liga Super seperti Terengganu FA, Felda
United dan Perak sebelum mara ke final.
"Bagi
saya, semua pemain PKNS FC berbahaya kerana mereka berjaya menewaskan beberapa
pasukan Liga Super sama ada di laman sendiri atau tempat lawan.
"Gandingan
pemain tempatan dan import yang ada dalam pasukan PKNS FC adalah terbaik,"
katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, hari ini.
Dalam pada
itu, Safiq menjelaskan kejayaan mara ke final Piala FA boleh dianggap satu
pencapaian membanggakan walaupun sedar peminat JDT sentiasa mengharapkan
kejayaan dalam setiap perlawanan.
"Setiap
perlawanan yang kami lalui memang ada tekanan tersendiri, namun yang penting,
pemain ada karakter masing-masing seperti yang sering diperkatakan ketua
jurulatih (Mario Gomez).
"Kalau
kita (pemain) ada karakter tersendiri, saya yakin kami mampu atasi tekanan
tersebut," jelas Safiq yang enggan meletakkan sasaran peribadi pada aksi
final itu nanti.
Dalam pada
itu, kapten PKNS FC, Shahrul Azhar Ture mengakui mereka begitu bersemangat
untuk mencipta kejutan ke atas skuad Harimau Selatan selepas menewaskan
beberapa pasukan Liga Super, sebelum ini.
"Saya
berharap rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik seperti yang
dipamerkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
"Ia
juga selaras dengan slogan pasukan 'Never Give Up, Never Surrender' yang
diterap pemain dalam setiap perlawanan yang dihadapi," katanya.
Sebagai
rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah 0-1
kepada Kelantan di final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pasukan dari
selatan tanah air itu pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang ketika itu
dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II). - Bernama
SUMBER-SINAR
HARIAN 13.3.2016
No comments:
Post a Comment