Ad

Wednesday, 18 May 2016

SISTEM FEUDAL DI JEPUN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Feudal di Jepun abad ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di Jepun
Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman Kamakura (1192 - 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536 -1998).Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman
Keshogunan Tokugawa (1603 - 1867).[1]
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun
Kedudukan Maharaja dan Daimyo
Maharaja tiada kuasa. Keadaan geografi negara Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan maharaja gagal mengawal Daimyo.Selepas tahun 1192,Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan di Jepun. Hal ini berlaku apabila Taira Kiyomori, ketua  pahlawan  puak Taira menguasai seluruh pemerintahan dengan mengalahkan tentera Maharaja dalam dua peperangan antara tahun 1159-1160.[2]
Gabenor yang dilantik yang terdiri daripada bangsawan istana gagal mengawal kuasa Daimyo kerana kelekaan dengan kemewahan dan mereka tinggal di kota.
Berlakunya perebutan dalam kalangan suku untuk menguasai kekuasaan politik. Kemuncak perebutan tersebut berlaku apabila ketua keluarga Miramoto Yoritomo berjaya membentuk kerajaan bersifat ketenteraan yang pertama di Kamakura yang dikenali Bakufu.Miramoto Yoritomo menggunakan gelaran Shogun

Kemerosotan kuasa raja memberi ruang kepada kemunculan tuan-tuan tanah (Daimyo) yang memiliki banyak ladang yang dipanggil Syo atau Syoen.Keadaan ini menyebabkan kekuasaan golongan tuan tanah

(Daimyo) mengatasi kekuasaan istana dan maharaja impaknya petani tidak lagi memberi ketaatsetiaan kepadamaharaja tetapi sebaliknya kepada Bakufu .Pemerintahah Kamakura menandakan bermulanya sistem feudal di Jepun

Pada zaman Shogun Tokugawa, maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi dan lambang perpaduan kuasa sebenarnya berada ditangan Shogun. Bagi mengawal kuasa maharaja, Shogun mengeluarkan satu ordinan yang dikenali Kinchu Kuge Sho-Hatto (Peraturan bagi Istana)
Ekonomi
Pada era Shogun Tokugawa, ekonomi berasaskan beras.Hasil pendapatan dan kekayaan Daimyo dan Samurai diukur mengikut banyak beras yang dimilikinya dan bukannya wang.
Kedudukan petani penting kerana mereka adalah jentera yang menghasilkan beras.

Kedudukan atau kekayaan Daimyo dan Samurai bergantung kepada petani.Pekembangan perdagangan menyebabkan golongan Samurai menjual beras mereka kepada pedagang untuk
memperoleh wang.

Masalah ekonomi menyebabkan golongan Samurai berhutang dengan golongan pedagang. Keadaan ini menyebabkan berlaku kemerosotan kedudukan golongan Samurai dan seterusnya meningkatkan stafus sosial golongan pedagang

Kepentingan golongan Samurai
Mempunyai kedudukan istimewa kerana mereka adalah penentu kepada kelangsungan kekuasaan Shogun.[3]
Berfungsi menjaga keamanan negara dan menjagakepentingan Daimyo tanpa berbelah bahagi.Tidak melakukan sebarang pekerjaan walaupun dalam keadaan aman. Kehidupan mereka ditanggung oleh petani.

Kepentingan Petani
Kedudukan penting kerana Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.Bertanggungiawab mengeluarkan beras yang menjadi makanan rakyat. Kehidupan petani tertekan kerana mereka dikenakan sistem kerah iaitu dikerah untuk mengangkut barangan pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido dengan dikenakan beberapa tempat sekatan bagi membolehkan
pegawai menjalankan pemeriksaan. Mereka juga dikenakan cukai yang tinggi.
Peranan golongan artisan
Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah,tukang besi, tukang tembaga, tukang timah, penenun,pembuat kertas dan lain-lain.Mereka diberi gaji dan rumah yang baik serta dibenarkan menggunakan pedang. Walaupun tarafnya lebih rendah daripada petani tetapi kehidupannya lebih baik.
Peranan Pedagang
Dipandang hina kerana Jepun amalkan dasar tutup pintu.Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial.Namun keadaan aman mengakibatkan keadaan ekonomi berkembang  sehingga muncul bandar seperi Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai. Bandar-bandar ini menjadi pusat perdagangan. Pendapatan berasaskan beras diganti dengan pendapatan berasaskan wang. Menjelang abad ke-17, muncul ramai pedagang yang cekapdan berpegalaman dan golongan pemimjam wang di bandar-bandar utama Jepun. Misalnya, Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.[4] Mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang baik dan kaya-raya. Akhirnya berjaya memperbaiki status sosialnya.[5]


[1] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),7.
[2]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,15.
[3]“Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,8.
[4]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,20.  
[5] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,9.

No comments:

Post a Comment