KAPTEN skuad
kebangsaan, Safiq Rahim hanya mampu berharap kecederaan yang dialaminya akan
pulih sepenuhnya, sekali gus dapat bersama skuad Harimau Malaysia memenangi
saingan playoff kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Stadium Tan
Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 2 dan 6 Jun depan.
Menurut
Safiq yang juga pemain Johor Darul Takzim (Johor DT), kecederaan yang dialami
selepas membantu pasukannya menjulang trofi Superbest Power Piala FA 14 Mei
lepas masih belum pulih, sekali gus terpaksa melupakan hajat untuk beraksi
dalam perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Yangon esok.
“Meskipun
saya tidak dapat mengikuti skuad kebangsaan ke Myanmar, saya harap rakan-rakan
sepasukan tetap memberikan aksi terbaik kerana ia adalah aksi pemanas badan
sebelum perlawanan menentang Timor Leste minggu depan.
“Kini, saya
harap dapat cepat pulih kerana dalam pemikiran saya hanya mahu cepat bermain
dan membantu semula pasukan kerana ia adalah misi hidup mati skuad kebangsaan,”
katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Mengulas
mengenai pemain yang bakal mengisi kekosongannya nanti, Safiq percaya setiap
pemain memiliki kelebihan serta keupayaan masing-masing selain menyeru mereka
untuk bersatu hati dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemain kebangsaan.
“Secara
peribadi, ia terletak di tangan jurulatih mengenai taktikal pasukan. Namun,
saya berpendapat sesiapa sahaja yang diturunkan pasti mempersembahkan yang
terbaik ketika menyarung jersi kebangsaan. Apa yang penting, mereka dapat
memainkan peranan sebaik mungkin dan membantu antara satu sama lain,” jelasnya.
Dalam
perkembangan sama, Safiq mengakui walaupun lebih dua minggu tidak beraksi dalam
perlawanan kompetitif, ia tidak menjejaskan prestasinya kerana pegawai
perubatan termasuk fisioterapi akan menyediakan beberapa program untuk
mengembalikan momentum dan staminanya.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz49nnEsXiQ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment