Ad

Saturday, 28 May 2016

Tempat Rashford dalam skuad England belum terjamin

28 Mei 2016 2:04 PM
MARCUS RASHFORD meraikan jaringannya ketika membuat penampilan
MARCUS RASHFORD meraikan jaringannya ketika membuat penampilan sulung bersama England dalam aksi persahabatan menentang Australia di Sunderland, pagi tadi. - REUTERS
SUNDERLAND, England 28 Mei - Pengurus England, Roy Hodgson berkata, penyerang muda Manchester United, Marcus Rashford perlu tunggu dan lihat sama ada namanya akan tersenarai dalam skuad akhir 23 pemain The Three Lions dalam Euro 2016, meskipun meledak gol dalam penampilan sulung menentang Australia di Stadium of Light, di sini, awal pagi tadi.
Rashford mempamer aksi meyakinkan dalam perlawanan pemanas badan menjelang kejohanan bola sepak Eropah bulan depan apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ketiga, sebelum Wayne Rooney menambah gol kedua pada minit ke-55 untuk membantu England mencatat kemenangan 2-1.
Malah, Rashford muncul penjaring gol ketiga termuda buat skuad England pada usia 18 tahun, 209 hari. Ketua pasukan, Rooney (17 tahun, 317 hari) masih memegang rekod penjaring termuda The Three Lions, diikuti bekas penyerang Liverpool, Michael Owen (18 tahun, 164 hari).
“Penampilan sulung yang hebat, saya gembira dengan persembahannya hari ini.
“Saya tidak terkejut dengan Marcus Rashford kerana saya tahu dia antara pemain yang bersaing sengit untuk merebut tempat dalam senarai akhir skuad England.
“Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat setakat ini...Saya masih perlu menunggu sehingga Selasa untuk mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi di Perancis (Euro 2016),” kata Hodgson.
Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge tiada di bangku simpanan dalam perlawanan pagi tadi, namun dia dijangka kembali menjalani latihan esok untuk merebut tempat dalam jentera serangan England. - AGENSI

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tempat-rashford-dalam-skuad-england-belum-terjamin-1.335768#sthash.JQmvaatE.dpuf

No comments:

Post a Comment