Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan
lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.
Pertambahan pengeluaran arang
batu dua kali ganda antara 1860 -1870.
Pengeluaran bijih besi
meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 pada 8.5 juta tan pada 1900.
Muncul pengusaha terkemuka
seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi
dan peralatan besi.
ii.Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah
mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan
masyarakat kepada gaya hidup yang mewah
iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland,
Saxony dan Silesia. Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi
industri tekstil di Jerman.
iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin
mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan
kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan kejuruteraan
elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik
Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.
b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai
ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik
Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan
ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman
telah mernberi sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan dengan amalan kerja biasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19 industri kimia dan elektrik Jerman telah
memimpin dunia.
c) Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal
pasaran bebas.Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prusia
berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran kredit dan menyediakan
pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan
perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan
sistem pengangkutan darat dan laut.
d) Kejuruteraan manusia
Bidang perdagangan di Jerman
dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih
efektif.
Lahir satu kumpulan elit
pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan 'spirit de
corps''.[1]
e) Kemajuan sistem Pengangkutan
Pembinaan jalan keretapi dibina
dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli. Firma
Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.
Kerajaan juga menyediakan kadar
perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara
Eropah lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli
ke lain-lain negaraEropah.
Pada 1913, eksport besi dan
keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.
f) Peluasan perdagangan antarabangsa
Perkembangan pembangunan
perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan
masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian
di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.
g) Dasar kerajaan Jerman
1879, Jerman menamatkan dasar
perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu
dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.
Bismarck telah memperkenalkan
undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat
perlindungan.[2]
No comments:
Post a Comment