Rizar Mohd
Noor -rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru:
Belum ada kepastian sama ada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan mempertaruhkan
kelibat Safiq Rahim (gambar) apabila menentang Kaya FC pada aksi 16 pasukan
terbaik saingan Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini.
Ketua
jurulatih skuad Harimau Selatan Mario Gomez menegaskan kecederaan dialami
kapten Johor DT itu masih belum pulih sepenuhnya namun pemain tengah berkenaan
sudah mula menjalani latihan ringan.
Katanya,
jika Safiq tidak dapat diturunkan kemungkinan tempatnya diambil alih Amirulhadi
Zainal yang bakal bergandingan dengan Hariss Harun.
“Kedudukan
Safiq mungkin 50-50 atau 60-40 dan saya hanya boleh putuskan menjelang
perlawanan malam esok (malam ini). Kemungkinan juga dia berada di bangku
simpanan dan semuanya bergantung kepada tahap kecergasannya.
“Aksi
menentang Kaya hanya satu perlawanan dan ia juga kalah mati. Jadi kami tidak
boleh lepaskan peluang terbaik beraksi di laman sendiri untuk melangkah ke suku
akhir.
“Kemenangan
besar 6-0 menewaskan Pahang pada saingan Liga Super, baru-baru ini juga
melonjakkan moral pemain.
“Saya juga
percaya mereka mahu meneruskan momentum kemenangan itu dengan persembahan
terbaik,” katanya.
Apapun,
Gomez tetap menghormati kelab Filipina yang pertama kali beraksi di pentas
Piala AFC dan keupayaan layak ke pusingan kalah mati itu membuktikan skuad
kendalian Joel Villarino dibarisi pemain terbaik.
Justeru
beliau tidak mahu kesebelasan Johor DT memandang rendah pasukan lawan,
sebaliknya sentiasa memberi sepenuh perhatian dan fokus terhadap perlawanan
itu.
“Pasukan
lawan turut dibarisi pemain muda yang sering beraksi dengan corak permainan
pantas.
“Malah saya
anggap kapten Alexander Borromeo, Kenshiro Daniels dan pemain import dari
Ghana, Robert Lopez Mendy boleh memberi ancaman,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 9:08 AM
No comments:
Post a Comment