Ad

Wednesday 18 May 2016

Menang 3-1, Van Gaal tetap diejek penyokong

18 Mei 2016 12:36 P

Manchester
LOUIS van Gaal bersama pemain Manchester United melakukan pusingan hormat selepas menundukkan Bournemouth 3-1 dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford, Manchester awal pagi ini.
MANCHESTER 18 Mei - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal diejek penyokong ketika menyampaikan ucapan
Penghujung musim, meskipun pasukannya berjaya menundukkan Bournemouth 3-1 dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.
Kemenangan itu meletakkan Manchester United pada kedudukan kelima, sekali gus terlepas saingan Liga Juara-Juara Eropah tahun depan.
Van Gaal dalam temubual kemudiannya berkata, dia sedar kekecewaan penyokong kerana mereka meletakkan sasaran tinggi.
“Penyokong mengharapkan sesuatu yang besar tetapi saya fikir, harapan itu terlalu besar. Kami adalah sebuah pasukan dalam proses peralihan dan saya sudah jelaskan di awal musim.
Mungkin saya perlu menyampaikan mesej dengan lebih jelas selepas ini,” katanya. - AGENSI

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/menang-3-1-van-gaal-tetap-diejek-penyokong-1.331579#sthash.v3IckQm6.dpuf

No comments:

Post a Comment