MOHD.
KHAIRUL MOHD. ALI | 25 Mei 2016 12:03 AM
MARIO GOMEZ
memberi amaran kepada pasukannya agar melupakan kemenangan besar ke atas Pahang
dan fokus terhadap pertemuan dengan Kaya FC malam ini.
JOHOR BAHRU
24 Mei - Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) diingatkan agar melupakan kemenangan
besar 6-0 ke atas Pahang dalam perlawanan Liga Super Sabtu lalu dan fokus
kepada menentang Kaya FC esok dalam kempen Piala AFC.
Penyandang
juara Piala AFC, JDT akan menghadapi kelab Filipina itu di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos esok dengan semangat tinggi selepas memulakan separuh kedua Liga
Super dengan kemenangan besar ke atas Tok Gajah, sekali gus membantu Harimau
Selatan merampas kedudukan pendahulu daripada Felda United dengan kelebihan dua
mata. JDT kini mengumpul 30 mata.
Ketua
jurulatih JDT, Mario Gomez berkata kemenangan besar di Kuantan itu sememangnya
suatu perkara positif untuk kekuatan mental anak buahnya namun mereka tidak
perlu terus dibuai dengan kejayaan itu.
Jelasnya,
perlawanan bakal dihadapi Harimau Selatan menentang Kaya FC esok adalah
pertandingan berbeza kerana kelab dari Filipina itu merupakan pasukan baharu
yang belum pernah mereka hadapi sebelum ini.
“Pastinya
setiap pemain masih segar dengan kemenangan 6-0 menentang Pahang tetapi ini
(perlawanan menentang Kaya FC) merupakan satu cabaran baharu.
“Kami akan
beri aksi terbaik kerana kami sudah memasuki peringkat kalah mati dan pastinya
setiap perlawanan adalah sukar,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel di
sini hari ini.
Dalam
perkembangan lain, Gomez berkata, pemain terbaik Piala AFC musim lalu, Safiq
Rahim berkemungkinan tidak akan bermain dalam perlawanan esok kerana kecederaan
lutut yang dialaminya masih belum pulih.
“Safiq kini
dalam proses pemulihan kecederaan yang dialami, tetapi untuk waktu ini saya
tidak dapat mengesahkan sama ada dia akan diturunkan atau tidak,” ujarnya.
Sementara
itu, pemain yang disebut-sebut akan menjadi kapten pasukan JDT iaitu Aidil
Zafuan Abd. Radzak berkata dia dan rakan-rakannya berjanji untuk lebih fokus
terhadap kualiti permainan JDT sendiri berbanding menilai pasukan lawan.
“Pada saya,
pasukan lawan adalah aspek kedua dalam sesebuah perlawanan. Saya lebih suka
untuk fokus prestasi pasukan sendiri menjelang perlawanan,” katanya yang
mengharapkan sokongan penuh penyokong Harimau Selatan.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-leka-8211-gomez-1.334189#sthash.cTVCjPyK.dpuf
No comments:
Post a Comment