NOR AZAN
FITRI AHMAD HIDZIR | 19 Mei 2016 2:10 AM
GOH V SHEM
(kanan) mungkin kembali berpasangan dengan Tan Wee Kiong dalam peringkat suku
akhir nanti selepas gandingannya bersama Koo Kien Keat (kiri) gagal membuahkan
hasil dalam pertemuan dengan Korea Selatan kelmarin. AFP
KUNSHAN,
China 19 Mei - Malaysia mampu menarik nafas lega apabila berjaya mengelak
daripada dipertemukan dengan pasukan handalan dunia dalam undian suku akhir
Piala Thomas yang dilaksanakan selepas tamat perlawanan terakhir peringkat
kumpulan sebentar tadi.
Skuad negara
sebaliknya tampak mendapat laluan mudah apabila diundi menentang Taiwan dalam
perlawanan yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, di sini hari ini.
Berdasarkan
undian yang dilakukan, laluan Malaysia juga agak mudah jika melepasi cabaran
Taiwan kerana bakal berdepan pemenang pertemuan di antara Jepun dan Denmark
sekiranya berjaya melangkah ke separuh akhir.
Pengurus
pasukan Piala Thomas negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berharap, pasukan
negara akan terus menampilkan aksi cemerlang seperti yang ditunjukkan sewaktu
menjuarai saingan peringkat kumpulan.
Katanya,
undian yang diterima skuad negara adalah jauh lebih baik berbanding pasukan
lain tetapi meminta agar para pemain tidak memandang rendah cabaran pasukan
Taiwan.
"Saya
berharap para pemain akan terus dengan aksi cemerlang dan beraksi
bermati-matian kerana kita sudah semakin hampir dengan kejuaraan dalam edisi
kali ini," katanya.
Pilihan
utama kejohanan, China diundi bertemu Korea Selatan dan pemenang di antara
pertemuan itu akan berdepan pemenang di antara Indonesia dan Hong Kong di
separuh akhir.
Sementara
itu, saingan Piala Uber menyaksikan juara 13 kali China yang juga pilihan utama
diundi bertemu Taiwan dan pemenang pertemuan itu bakal berdepan sama ada
Thailand atau India.
Jepun yang
juga pilihan kedua kejohanan bakal berdepan cabaran Denmark manakala satu lagi
perlawanan suku akhir menyaksikan Indonesia akan menerima tentangan Korea
Selatan. - UTUSAN ONLINE
Jadual suku
akhir Piala Thomas
---------------------------------
MALAYSIA lwn
Taiwan (1pm (waktu tempatan), hari ini)
China lwn
Korea Selatan
Indonesia
lwn Hong Kong
Denmark lwn
Jepun
Jadual suku
akhir Piala Uber
---------------------------------
China lwn
Taiwan
Korea
Selatan lwn Indonesia
Thailand lwn
India
Jepun lwn
Denmark
- Sumbert:
http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/malaysia-bertemu-taiwan-dalam-suku-akhir-piala-thomas-1.331893#sthash.bERIqEDL.dpuf
No comments:
Post a Comment