Oleh TOREK
SULONG
INILAH
bangkai ular sawa batik yang ditemui mati terbakar selepas terperangkap dalam
kebakaran hutan di Gong Kedak, Besut dekat Pasir Puteh kelmarin.
PASIR PUTEH
– Seekor ular sawa batik ditemui mati selepas terperangkap dalam kebakaran
hutan berhampiran kawasan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong
Kedak, Besut dekat sini kelmarin.
Ketua Balai
Bomba dan Penyelamat (BPP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, bangkai
ular sawa sepanjang enam meter dengan ukur lilit 0.3 meter berkenaan ditemui
oleh anggotanya yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan seluas
kira-kira 20 hektar itu.
“Ketika
ditemui, sebahagian besar badan ular itu telah masak terbakar.
“Kami
percaya haiwan tersebut terperangkap dan gagal menyelamatkan diri dalam
kebakaran hutan berkenaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz47tDEpeex
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment