Ad

Tuesday, 27 March 2018

Amri pemain ikon Gergasi Merah


 AMRI yangmenyarung jersiSelangor musim ini disifatkan sebagai


Amri pemain ikon Gergasi Merah
Bukan seorang pemalas seperti dakwaan bekas jurulatih Melaka United
Ahmad Fazli Mohd. Yadi
26 Mac 2018 2:58 AM
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal menempelak kenyataan bekas jurulatih Melaka United, Eric Wi­l­liam yang menuduh penyerang veteran, Amri Yahyah sebagai pemain tempatan gaji termahal tetapi pemalas.
AMRI yangmenyarung jersiSelangor musim ini disifatkan sebagai pemain contoh kepada pemain mudan dan bukannya seorang pemalas seperti didakwa bekas jurulatih Melaka United,Williams.
Memetik kenyataan Williams menerusi Four Four Two, beliau mendedahkan, Melaka United membuat satu kesilapan besar mengambil Amri daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Disember 2016.


Dakwanya, Amri dengan bekas penyerang, Ilija Spasojevic berdepan konflik apabila ke­dua-dua mereka tidak memiliki persefahaman, sekali gus mengundang ketidakharmonian dalam bilik persalinan Melaka United.

Williams akhirnya dipecat oleh Melaka United pada 4 Jun tahun lalu selepas tersebut meraih 11 mata hasil dua kemenangan dan lima seri sepanjang 12 perlawanan Liga Super ketika itu.

Mengulas lanjut, Subahan akhirnya­ membuka mulut de­ngan menegaskan, Amri yang me­nyertai Selangor awal musim ini adalah seorang pemain contoh, bukannya pemalas seperti yang didakwa oleh bekas jurulatih Yangon United itu.

“Saya mengambil masa lama untuk membuka mulut mengenai kisah Amri ini yang kononnya dituduh pemalas ketika mewakili satu kelab oleh bekas jurulatih import (Williams).

“Saya tahu ini adalah kisah lama tetapi sebagai Presiden FAS, saya tidak dapat lagi mendiamkan diri apabila salah seorang pemain contoh dituduh sedemikian rupa.

“Jadi, saya mahu menepis tohmahan liar itu kerana di Se­langor, semua tahu Amri adalah seorang pemain contoh kepada generasi muda, bukannya pemalas seperti yang didakwa.

“Lebih tepat, Amri adalah nadi kepada Selangor. Kami semua cukup menghormati Amri dan saya secara peribadi amat bersyu­kur dan berbangga sebaik Amri kembali menyertai Selangor.

“Jadi, Amri adalah ikon Gergasi Merah dan sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa setiap tuduhan liar dilemparkan kepada Amri adalah tidak benar kerana Selangor mengetahui etika dan kesungguhan Amri sendiri,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Subahan turut mengambil ke­sempatan memuji kebangkitan anak-anak buahnya yang kembali mendapatkan rentak kemena­ngan selepas menewaskan Te­rengganu City (TFC I) 3-1 pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
SUMBER-KOSMO ONLINE 26 Mac 2018 2:58 AM

No comments:

Post a Comment