Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN tanpa penyerang berbisa,
Francis Forkey Doe yang ditimpa kecederaan, pasukan Pahang tetap kekal fokus
untuk mencatat keputusan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Berada di kedudukan kedua Liga
Super dan layak ke suku akhir Piala FA jelas memerlukan komitmen dan semangat
juang tinggi untuk mencapai misi meraih kejuaraan.
Pemain pertahanan, Mohd Faisal
Rosli berkata dia dan rakan sepasukan akan meneruskan perancangan pasukan untuk
mencapai misi meraih kejuaraan.
Katanya, kecederaan yang menimpa
Doe tidak akan melemahkan semangat skuad Tok Gajah dalam misi mengucup piala
berpestij.
“Kami perlu kekal konsisten dan
bermain mengikut perancangan jurulatih (Dollah Salleh) dan setakat ini kami
menjalani latihan intensif,” katanya.
Sementara itu, pemain tengah, Nor
Azam Azih, dia dan rakan akan memastikan kejayaan bermakna diraih skuad Tok
Gajah biarpun tanpa penyerang Liberia itu.
Katanya, perjuangan perlu
diteruskan untuk meletakkan Pahang pada prestasi terbaik dan mencapai misi
muncul juara dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
“Kami akan melakukan yang terbaik
dan sokongan padu daripada peminat ditagih sebagai motivasi,” katanya.
Semalam, Pahang mengesahkan
kehilangan khidmat Forkey Doe kerana mengalami kecederaan serius pada kaki
kanan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 30 Mac 2018 @ 7:18 PM
No comments:
Post a Comment