10 Mac 2018 2:06 PM
KOTA
BHARU 10 Mac - Barisan pemain tengah PKNS FC diakui terlalu ampuh oleh
pemangku jurulatih Kelantan Yusri Che Lah sehinggakan pasukannya tewas
tipis 0-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Yusri
berkata, barisan tengah lawan yang ditunjangi oleh Jonathan Leonel
Acoste, Ronel Oswaldo Morales dan Daniel Sang Thing memberikan kesukaran
kepada barisan TRW untuk masuk ke kawasan PKNS FC.
Menurutnya,
bagaimanapun dia sedikit gembira apabila barisan pemainnya berjaya
memberikan tentangan sengit kepada lawan pada babak kedua.
“Saya akui, jentera serangan TRW pada perlawanan itu sedikit lemah apabila mudah hilang bola.
“Jadi
untuk perlawanan akan datang bertemu lawan yang sama pada aksi Piala FA
nanti kita akan perkemaskan lagi bahagian berkenaan,” katanya.
Pada
perlawanan itu, jaringan tunggal Mohd. Faris Ramli pada minit ke-39
memastikan PKNS FC meraih tiga mata penuh sekaligus merampas kedudukan
di puncak Liga Super buat sementara waktu dengan kelebihan satu mata
mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kurang satu perlawanan. -UTUSAN
ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tengah-pnks-fc-ranapkan-impian-trw-1.624662#ixzz59KWT9Yff
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment