Ad

Friday, 9 March 2018

PKNS FC ketepikan cabaran Kelantan

 SHAH ALAM, 9 Mac 2018 - Pemain  Kelantan,  Dong Hyun Do diasak
SHAH ALAM, 9 Mac 2018 - Pemain Kelantan, Dong Hyun Do diasak dua pemain PKNS FC, Zachary Michael Anderson (tengah) dan T. Reuben dalam pelawanan Liga Super Malaysia di Stadium Shah Alam di sini malam tadi.
Mohammad Rozaidi Zulkifli

09 Mac 2018 11:04 PM

KUALA LUMPUR 9 Mac.- PKNS FC kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Liga Super apabila berjaya menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi kelima Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad kendalian K.Rajagopal sebelum ini tewas 4-3 kepada Kedah sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi berbalas serangan namun pasukan pelawat terlebih dahulu memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi percubaan penyerang dari Lebanon, Mohamad Ghaddar pada minit ketujuh dalam kotak penalti berjaya dinafikan penjaga gol tuan rumah Mohd. Shahril Saari.

Tersentak dengan serangan itu, PKNS FC kembali mengatur gerakan serangan dan hampir membolosi gawang skuad The Red Warriors (TRW) namun percubaan Faris Ramli berjaya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat sebelum bola singgah di tiang pada minit ke-13.

Lima minit sebelum babak pertama berakhir pemain sayap dari Singapura Faris akhirnya memecah kebuntuan jaringan untuk tuan rumah apabila bijak menyudahkan hantaran lintang menarik daripada Jonathan Acosta untuk mendahului Kelantan 1-0.

Bersambung babak kedua, perlawanan lebih rancak disajikan kedua-dua pasukan di hadapan majoriti penyokong Kelantan yang membanjiri stadium, di mana mereka sering kali menyerang antara satu sama lain namun jaringan gagal dihasilkan dek kerana ketangkasan kedua-dua penjaga gol mereka yang beraksi dengan cemerlang.

Peluang terbaik The Red Ants untuk menggandakan jaringan hadir pada minit ke-54 menerusi tendangan akrobatik penyerang dari Brazil Rafael Ramazotti namun berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana menyaksikan pendahulu liga, Felda United berjaya mengekalkan rekod kemenangan apabila menewaskan Kuantan FA 1-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Thiago Junio pada minit ke-22.

Pulau Pinang pula menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Negeri. Pemain sayap, Norfais Johari membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Ken Ilso mengukuhkan kedudukan pada minit ke-66.

Sarawak menewaskan PDRM 2-1 di Stadium Negeri, Kuching. Skuad Bujang senang terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-25 menerusi jaringan Abdul Rahim Abdul Razak sebelum Argzim Redzovic menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Bobby Gonzales memastikan tiga mata menjadi milik Sarawak apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-75. - SUMBERUTUSAN ONLINEArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pkns-fc-ketepikan-cabaran-kelantan-1.624223#ixzz59IoLh0tA © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment