Ad

Monday, 19 March 2018

B-18 benam Rusia 3-1

18 Mac 2018 1:59 PM
B-18
 B-18
Skuad B18 berjaya menumpaskan wakil dari Rusia dalam perlawanan penentuan tempat ke-12 di Stadium Global Arena.

FUKUOKA, Japan - Skuad bawah 18 tahun (B18) negara berjaya menumpaskan wakil dari Rusia iaitu FC Izhorets-Inkon Youth 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ke-12 di Stadium Global Arena sebentar tadi.

Penyerang semakin meningkat naik, Hadi Fayyadh Abdul Razak meledak hatrik sekali gus memastikan Malaysia muncul pasukan jemputan terbaik pada edisi ke-16 ini.


Pada pentas tersebut, skuad kendalian Bojan Hodak mencatatkan tiga kemenangan dan tiga kekalahan pada Kejohanan Piala Sanix itu.

"Ini adalah satu pendedahan yang bagus buat pasukan (B18) negara kerana kualiti pasukan yang bertanding di kejohanan ini sangat berbeza berbanding kualiti pasukan yang ada di Asia Tenggara,” katanya sebentar tadi.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu dan empat negara seperti Rusia, Taiwan dan Korea Selatan termasuk Malaysia turut menghantar pasukan terbaik mereka. - K! ONLINE 18 Mac 2018 1:59 PM

No comments:

Post a Comment