ARKIB : 15/04/2009
KUALA LUMPUR 14 April - Perdana
Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan pemimpin yang
mempunyai kesungguhan dan dihormati.
Bekas Menteri Penerangan, Datuk
Seri Zainuddin Maidin berkata, Allahyarham mempunyai cara tersendiri bila
bertemu di kalangan wartawan, Allahyarham begitu terkenal dengan sikapnya yang
konsisten dalam memberi ucapan walaupun berada dalam program yang berbeza dalam
sehari.
''Allahyarham Tun Abdul Razak
membina aura tersendiri di kalangan wartawan yang pernah membuat liputan pada
zaman pemerintahannya.
''Malah, walaupun penat kerana
terpaksa mengikuti lima hingga enam program setiap hari, Allahyarham tetap
tidak menghampakan wartawan jika diminta untuk ditemubual,'' katanya.
Zainuddin yang juga bekas Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan berkata demikian pada forum Tun Abdul Razak di
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Tun Abdul Razak
adalah seorang pemimpin yang tahu banyak perkara dan tahu apa yang ditanya.
Dari situ katanya, Allahyarham
membina aura tersendiri menyebabkan beliau begitu dihormati sebagai seorang
pemimpin.
"Ini boleh dilihat cara
bagaimana beliau mengatasi masalah peristiwa 13 Mei dan juga melalui
dasar-dasar ekonomi beliau pada ketika itu," katanya Zainuddin.
Dalam perkembangan lain,
Zainuddin berkata, beliau yakin Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mampu mengemudi kementerian dan media
berasaskan nilai satu Malaysia.
Malahan, katanya, beliau percaya
Rais mampu mengawal kebebasan media yang kini semakin canggih dan berteknologi
selain mengembalikan ia ke landasan sebenar.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm#ixzz5A9wewkmr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment