Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PAHANG mengesahkan kehilangan
khidmat penyerang berbisa, Francis Forkey Doe bagi baki saingan Liga Malaysia
musim ini.
Jurulatih Dollah Salleh yang
terkilan kerana kecederaan kaki kanan pemain dari Liberia itu serius
mengesahkan dia memerlukan tempoh panjang untuk pulih.
“Saya tak sangka kecederaan
dialami Doe begitu serius ketika skuad ini berada pada prestasi terbaik.
“Dia sudah membuktikan kepada
pasukan dan penyokong bahawa sentuhannya masih lagi berbisa dan membantu
pasukan mencatat kemenangan.
“Ketiadaannya begitu dirasai
dalam pasukan terutama di bahagian serangan yang dilihat cukup bagus apabila
bergandingan dengan Patrick Cruz,” kata Dollah.
Justeru beliau akan melakukan
percaturan terbaik untuk memastikan skuad Tok Gajah masih mantap walaupun tanpa
Doe.
Katanya, ketiadaan Doe tidak
melunturkan semangat pemain kerana perjalanan pasukan masih lagi panjang.
“Perkara utama perlu dilakukan
adalah membentuk kembali pasukan ini supaya lebih bagus terutama memastikan
ketajaman di bahagian serangan,” katanya.
Pada aksi pusingan ketiga Piala
FA bertemu Kedah, pemain berusia 33 tahun itu terpaksa diusung keluar seawal
minit ke-10 selepas mengalami kecederaan kaki.
Dalam saingan Liga Super, Doe
membuktikan dia masih penyerang berbisa apabila menjaringkan tiga gol selepas
lima perlawanan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 29 Mac 2018 @ 11:40 PM
No comments:
Post a Comment