Ad

Friday, 23 March 2018

Weiss puas hati aksi Mongolia


Aziman Rosdi

JURULATIH Mongolia, Michael Weiss gembira dengan persembahan pasukan simpanannya, apabila berjaya mengikat Malaysia 2-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pengendali kelahiran Jerman itu berdepan masalah kecederaan pemain termasuk tiga pemain utama yang sebenarnya mampu mengubah keputusan menjadi lebih baik menentang anak buah Tan Cheng Hoe.

“Saya kehilangan tiga pemain terbaik saya, ini hanya lah pasukan simpanan. Ketiadaan pemain ini menyebabkan saya terpaksa mengubah taktik.

“Saya percaya jika saya ada pemain utama ini, kami boleh memberi lebih tekanan di awal permainan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Malaysia yang berada di ranking ke-178 mendahului menerusi jaringan sendiri pemain Mongolia, Turbat Daginaa pada minit ke-31 namun pasukan pelawat (ranking 189) menyamakan kedudukan menerusi percubaan Enkhbileg Purevdorj, tiga minit sebelum babak pertama tamat.

Anak buah Cheng Hoe kemudian mendahului 2-1 hasil rembatan pemain gantian Akhyar Rashid pada minit ke-65 namun kelebihan itu berjaya dipadam Gankhuyag Ser-Or-Yanjiv di minit ke-71.

Menurut Weiss, anak buahnya bergelut dengan cuaca panas pada awal permainan.

“Pada 15 minit pertama kami bergelut dengan cuaca kerana di Mongolia cuaca sangat sejuk, jadi kami perlu rancang dengan baik untuk menguruskan tenaga.

“Kami mempamerkan taktikal dengan penuh berdisiplin dan berjaya mengganggu permainan Malaysia,” kata bekas jurulatih Filipina itu yang pernah menjadi calon jurulatih skuad bawah 23 tahun negara sebelum ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 1:22 AM


No comments:

Post a Comment