Ad

Saturday 17 March 2018

Felda United benam UKM FC

 THIAGO Augusto (dua dari kanan) meraikan jaringan kedua Felda United
THIAGO Augusto (dua dari kanan) meraikan jaringan kedua Felda United. - UTUSAN ONLINE
M. Rizal Nor

16 Mac 2018 11:17 PM

MARAN 16 Mac - Felda United menunjukkan UKM FC jalan keluar daripada saingan Piala FA selepas mencatatkan kemenangan 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini Pahang malam ini.

Pelawat bagaimanapun terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-5 apabila Kipson Atuheire merembat masuk bola hantaran Sein Kam untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Fahrizal Harun.


Tersentak dengan jaringan tersebut, tuan rumah melancarkan serangan balas dan hampir menyamakan kedudukan lima minit kemudian namun tendangan Thiago Augusto tersasar di sebelah kiri pintu gol biarpun berjaya memperdaya penjaga gol lawan, Mohamad Khairi Hassan.

Anak-anak buah B. Sathianathan terus menggandakan asakan ke kubu lawan dan skuad The Fighters mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-13 apabila hantaran Thiago Augusto disudahkan dengan baik oleh Gilberto Fortunato.

Tuan rumah hampir berada di hadapan pada minit ke-29 namun tendangan Wan Zack Haikal Wan Nor singgah di palang gol sebelum diselamatkan oleh Mohamad Khairi.

Kealpaan benteng pertahanan UKM FC membawa padah apabila hantaran Mohd. Alif Mohd. Yusof menerusi tendangan percuma di luar kotak penalti dimanfaatkan oleh Thiago Augusto pada minit ke-38 bagi memastikan tuan rumah mendahului 2-1 sebelum menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus menguasai permainan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya namun Mohamad Khairi berjaya mengawal pintu gol dengan baik bagi mengelakkam ia dibolosi.

Mohamad Khairi sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis keluar sepakan penalti yang diambil oleh Thiago Augusto selepas Mohd Hadin Azman dikasari pada minit ke-83.

Kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan dan Felda United mara ke pusingan seterusnya manakala UKM FC pulang dengan kehampaan. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-united-benam-ukm-fc-1.629243#ixzz59zSfwE9P
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment