MyMetroUtama
Riadz
Radzi & Syafil Syazwan Jefri
am@hmetro.com.myJIKA
hayatnya masih ada, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad kini sudah
berusia 66 tahun.Namun,
penghibur serba boleh ini meninggalkan kita lebih awal pada 22
Februari 1992 ketika berusia 38 tahun.
Sudirman
yang memulakan kerjaya nyanyiannya selepas menjuarai program Bintang
RTM pada 1976 ini cukup dekat dalam kalangan rakyat Malaysia meliputi
semua kaum, agama, usia dan pangkat.
Paling
ketara setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, suara Sudirman terus
bergema dengan lagu malar hijaunya iaitu 31 Ogos yang dirakamkan pada
1982.Sehingga
hari ini, lagu itu terus dimainkan setiap kali negara menyambut Hari
Kebangsaan.Malah,
kanak-kanak berusia enam tahun di tabika turut menghafal lagu yang
berusia hampir 40 tahun itu.
Populariti
lagu itu dan Sudirman turut 'menenggelamkan' penyanyi asalnya iaitu
Ahmad CB.Semangat
patriotik sentiasa ada dalam diri Sudirman dengan kebanyakan lirik
lagu terarah pada semangat kenegaraan.
Semangat
patriotik sentiasa ada dalam diri Sudirman dengan kebanyakan lirik
lagu terarah pada semangat kenegaraan.
Bagi
yang tidak tahu, lagu itu adalah ciptaan dan nyanyian asal penyanyi
kelahiran Medan, Indonesia yang diciptanya selepas mendapat tahu
Malaya akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Jiwa
patriotik Sudirman cukup tebal dalam dirinya. Malah, dalam setiap
persembahan atau konsert, nama dan budaya masyarakat Malaysia tetap
setia bersamanya.
Bekas
pengurusnya, Dani'el Dharanee Dharan Kannan dalam satu temu bual
berkata, Sudirman layak dikenali sebagai Ikon Perpaduan Negara dan
Biduan Malaysia Sebenar.
"Imej
perpaduan lahir secara semula jadi dalam diri Sudirman. Konsert
beliau tidak pernah gagal, sentiasa dipenuhi masyarakat berbeza latar
belakang, bukan sekadar kaum, malah perbezaan dari segi kelas ekonomi
juga boleh berhimpun dalam konsert sama," katanya.
Sudirman
turut mencipta kelainan apabila merakamkan album bertema patriotik
berjudul Abadi pada 1982 yang diterbitkan S Atan.
PERSEMBAHAN
Sudirman diwaktu kemuncak kejayaannya.
PERSEMBAHAN
Sudirman diwaktu kemuncak kejayaannya.
Ketika
itu tidak ada penyanyi mahu merakam album patriotik, tetapi tidak
bagi Sudirman.
S
Atan, 71, berkata, Sudirman tetap berusaha menghasilkan album
berkenaan kerana belum ada penyanyi lain yang rakam album sedemikian.
Menurut
S Atan, album berkenaan yang dirakam di Studio EMI di Singapura
mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.
Selain
lagu ikonik 31 Ogos, album itu turut memuatkan lagu Warisan, 8 Ke 4
1/4 (Punch Card), Kehadiranku, Di Suatu Pagi, Indahnya Alam,
Pertemuan Abadi, Sabarlah Menanti, Di Bumi Bertuah dan Tegakkan
Bendera Kita.
Lagu
Warisan ciptaan dan lirik oleh Syed Haron pernah dijadikan tema Hari
Kebangsaan ke-57 pada 2014 iaitu Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta.
Sepanjang
kerjayanya, Sudirman menghasilkan 15 album studio di mana album
terakhirnya ialah Asia's No 1 Performer pada 1989.
Beliau
juga bergelar pelakon menerusi filem Kami pada 1982 yang juga filem
pertama dan terakhir lakonannya
PERMATA
negara yang akan selalu dikenang.
Disiplin
dan semangat majmuk dalam Sudirman
Sentiasa
dikenang dalam hati setiap masyarakat yang membesar ketika zaman
kegemilangannya, nama Sudirman juga sentiasa abadi dalam hati
beberapa individu yang rapat dengannya.
Antara
yang paling akrab adalah bekas setiausahanya, Intan Zabidin yang
pernah berkhidmat dengan Sudirman hampir lima tahun.
Berkongsi
mengenai jiwa patriotik Sudirman, Intan yang juga bekas pengarang
majalah Media Hiburan berkata, penyanyi itu tidak perlu menunggu
tarikh 31 Ogos untuk menunjukkan semangat patriotisme.
"Semangat
patriotik beliau sentiasa dalam dirinya. Saya rasa semangat patriotik
dia sangat tinggi. Itu sebabnya kalau kita amati lirik lagu yang
dinyanyikan, kebanyakannya terarah kepada semangat kenegaraan,"
katanya.
Menurut
Intan, Sudirman pernah memintanya mendapatkan Bapa Kemerdekaan, Tunku
Abdul Rahman untuk ditemu bual. Bagaimanapun, niat Sudirman itu tidak
kesampaian.
Menurut
Intan, Sudirman juga sentiasa menerapkan semangat kesatuan dalam cara
kerja dan persekitarannya.
"Satu
perkara yang sentiasa ditekankan adalah mengenai semangat untuk
bersatu padu. Kalau dia nak adakan konsert atau apa, pasukan yang
akan bekerja di belakang tabir terdiri daripada pelbagai kaum.
"Kalau
di konsert, dia tak hanya mempersembahkan lagu Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris, tetapi juga lagu Bahasa Cina dan Tamil serta
pelbagai budaya lain. Sebab itu dia disenangi ramai orang dari
pelbagai kaum," katanya.
Menjadi
antara penyanyi Malaysia yang berjaya melebarkan sayapnya tanpa
sempadan sehingga luar negara, Sudirman juga adalah anak Malaysia
yang sentiasa bangga dengan negaranya.
"Saya
tak pernah ikut dia ke luar negara, tapi dia selalu menunjukkan
gambar kenangan ketika dia beraksi di sana.
"Dari
situ, dapat dilihat bagaimana bersemangatnya dia, berbaju Melayu dan
tak pernah lupa membawa bendera Malaysia bersama," katanya.
Sementara
itu, S Atan berkata, tidak akan ada pengganti Sudirman.
"Bayangkan,
tak pernah dibuat mana-mana artis untuk mengadakan konsert di tengah
jalan raya yang sesak seperti Chow Kit. Tapi, dia mampu buat. Ratusan
ribu penonton datang menonton persembahannya dan terdiri daripada
pelbagai kaum. Dia bukan saja ada peminat Melayu, tetapi juga
daripada kaum lain.
"Syarikat
rakaman ketika itu tak yakin bahawa lagu patriotik akan mendapat
sambutan, tapi dia tetap dengan pendiriannya dan buktinya, sehingga
hari ini lagu patriotik nyanyiannya masih diterima," katanya.
S
Atan juga mengakui, disiplin dalam diri Sudirman berjaya menempatkan
dirinya di posisi terbaik dalam industri muzik.
"Selalunya,
dia akan datang sejam lebih awal daripada waktu 'call time'. Disiplin
ini yang membuatkan dia dihormati dan saya sendiri pun hormat
kepadanya. Walaupun ramai artis baharu muncul hari ini, tak akan ada
seorang pun yang mampu menggantikan Sudirman sebagai penghibur,"
katanya.
NAIM
akui Sudirman adalah idolanya.
NAIM
akui Sudirman adalah idolanya.
Sudirman
'superhero' Naim Daniel
"Dia
adalah idola saya dan kalau ada adiwira buatan Malaysia, Sudirman
paling layak. Sebab apa? Sebab dia mengetengahkan karya seninya dan
pada masa sama, menyatukan masyarakat. Tak semua ada kemampuan
sepertinya," kata penyanyi Naim Daniel.
Menurut
Naim, dia sendiri menyuntik beberapa elemen 'Sudirman' dalam dirinya.
"Antara
yang menarik perhatian saya adalah apabila dia memiliki simbol
sendiri iaitu cermin mata gelap yang akan diselitkan setiap kali
menulis sesuatu atau membalas surat peminat.
"Saya
menjadikan itu sebagai ikutan dan kalau lihat di Instagram saya, saya
akan selitkan simbolik diri saya sendiri di penghujung video yang
dimuat naik dan sebagainya.
"Selain
itu, saya juga mencontohinya dengan mengangkat baju Melayu sebagai
baju yang sering saya pakai ketika membuat persembahan. Selain
mengekspersikan minat terhadap Sudirman, ia juga cara saya untuk
menunjukkan rasa kenegaraan saya," katanya.
Walaupun
tidak pernah mengenali Sudirman secara peribadi, Naim mengakui bahawa
'jiwa' Sudirman itu sampai walaupun sekadar menonton video
persembahannya.
"Karisma
seorang Sudirman tatkala berada di atas pentas sangat luar biasa. Ia
bukan satu perkara yang dibuat-buat kerana nampak keikhlasannya untuk
berinteraksi dengan peminat," katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 6:00 AM