SUKAN»Bola
Sabtu, 29 Ogos 2020 | 10:01am
Aksi perlawanan Pahang menentang Johor Darul Ta’zim, malam tadi. - Foto Facebook Pahang FA
Pahang hilang punca
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Hilang punca dalam tempoh 30 minit pada separuh masa pertama menjadi faktor Pahang gagal menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali gus tewas 2-3, malam tadi.
Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, anak buahnya seperti hilang punca sehingga melepaskan tiga gol sepanjang tempoh itu.
"Tiada langsung corak permainan yang dipersembahkan pemain dan JDT mengambil kesempatan itu dan berjaya mendahuli 3-0.
"Namun, selepas gol pertama dijaringkan, pemain mula menunjukkan keyakinan dan berjaya merapatkan jurang gol 2-3 sebelum tamat separuh masa pertama.
"Kami berusaha untuk bangkit pada babak kedua perlawanan tetapi keputusan perlawanan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri.
Pengendali Pahang, Dollah Salleh. Foto Asrol Awang
Pengendali Pahang, Dollah Salleh. Foto Asrol Awang
"Ketiadaan Dickson Nwakaeme yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 menyebabkan jentera serangan hanya mengharapkan kepada Mohd Faisal Abdul Halim," katanya.
Mengulas norma baharu pada aksi saingan Liga Malaysia (Liga M), Dollah mengakui ketiadaan penonton turut memberikan kesan terhadap persembahan pasukan.
Katanya, bermain di halaman sendiri sepatutnya memberikan kelebihan untuk melakar kemenangan.
"Pada perlawanan ini, ia ibarat macam perlawanan persahabatan tetapi kita perlu mengikut saranan kerajaan terutama Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menyekat penularan COVID-19," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE
No comments:
Post a Comment