Ad

Saturday 29 August 2020

Biri-biri baka Texel paling mahal, berharga RM2 juta

DUNIA RAGAM GLOBAL

DOUBLE DIAMOND dibida pada harga permulaan RM58,030. – DAILY MAIL

Biri-biri baka Texel paling mahal, berharga RM2 juta

Oleh KOSMO!

28 Ogos 2020, 9:24 pm


EDINBURGH, Scotland – Seekor biri-biri dijual pada harga £365,000 (RM2 juta) dalam acara lelongan di Scotland kelmarin sekali gus biri-biri paling mahal di dunia, lapor akhbar Daily Mail.


Biri-biri baka Texel ber­nama Double Diamond itu merupakan satu daripada 19 ekor biri-biri yang dilelong dengan harga bidaan bermula £10,500 (RM58,030).


Namun, lelongan Double Diamond menjadi sedikit tegang ekoran perang bidaan berlaku yang menyaksikan harganya meningkat lebih £300,000 (RM1.6 juta).


Biri-biri itu dilelong pembiak baka terkenal, Charlie Boden.


Double Diamond akhirnya menjadi milik tiga pemilik ladang ternakan iaitu Alan Blackwood, Maybole dan Messrs Teward secara perkongsian.


Sementara itu, biri-biri kedua termahal bernama Hexel Django­ dilelong pada harga £68,000 (RM375,819).


Biri-biri termahal sebeum ini adalah seekor biri-biri berusia lapan bulan, juga baka Texel, berharga £231,000 (RM1.3 juta) yang dijual pada 2009.


Biri-biri baka Texel berasal dari Pulau Texel di Belanda. Baka tersebut terkenal bagi tujuan pembiakan kerana dagingnya yang berkualiti tinggi. – AGENSI.SUMBER=KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment