SUKAN»Bola
Sabtu, 25 Julai 2020 | 5:17pm
Khalid merenung Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2002 yang dilepaskannya pada harga RM99,999.
Kasut Emas Khalid berharga RM99,999
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus sah melepaskan Anugerah Kasut Emas Liga Perdana yang dimenanginya pada 2002 dengan nilai RM99,999.
Pengesahan itu dibuat Khalid ketika ditemui pada sesi bertemu peminat di Bangi, petang tadi.
Bagaimanapun, bekas penggempur Perak itu merahsiakan 'tuan baharu' Kasut Emas itu yang kini sedang berada di Australia dan hanya akan mengambil anugerah itu selepas pulang ke tanah air nanti.
"Individu terbabit hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice dan dia kini berada di luar negara. Dia menghubungi saya dan mengatakan 'Khalid, saya mahu but itu dan katakan sahaja berapa harganya.'
"Saya letakkan harganya dan dia bersetuju dengan apa yang saya minta. Dia menyokong saya dan mahu kasut itu pada harga seperti yang dinyatakan," katanya.
Dalam masa sama, Khalid turut berkongsi cerita di mana dia pernah ditipu oleh seseorang ketika membuat bidaan untuk Kasut Emas itu sehingga memaksa dia membuka bidaan sekali lagi.
"Ada individu yang cuba main-main apabila membida sebelum ini, jadi sebab itulah saya buka bidaan sekali lagi. Namun, saya tidak pernah berjumpa dengan Tuah tetapi saya percaya kepada dia.
"Jadi sekarang saya cuma tunggu dia balik ke sini untuk mengambil kasut ini," katanya.i
No comments:
Post a Comment