Ad

Friday, 28 August 2020

Mora bangga, Dollah terkedu

MyMetroArena

PEMAIN  JDT  meraikan jaringan Muhammad Ramadhan  di Stadium Darul Makmur. FOTO Bernama

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.myPENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora bangga dengan komitmen anak buahnya selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, semalam.


Beliau berkata, kemenangan itu sudah pasti meningkatkan motivasi terbaik buat Harimau Selatan, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super.


"Saya gembira dengan kemenangan ini terutama pasukan berjaya mengutip tiga mata sebaik saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung.


"Pada masa sama, hampir enam bulan tidak beraksi yang turut dirasai pemain profesional dan memerlukan masa dalam mempamerkan persembahan terbaik.


"Bagi saya, tiga mata ini cukup bermakna walaupun Pahang berusaha bangkit tetapi kami berjaya mengawal permainan sehingga tamat," katanya.


Sementara itu, hilang punca dalam tempoh 30 minit pada separuh masa pertama menjadi faktor Pahang tewas.


Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, anak buahnya seperti hilang punca sehingga melepaskan tiga gol sepanjang tempoh itu.


"Tiada langsung corak permainan dipersembahkan pemain dan JDT mengambil kesempatan itu dan berjaya mendahuli 3-0.


"Namun, selepas gol pertama dijaringkan, pemain mula menunjukkan keyakinan dan berjaya merapatkan jurang gol 2-3 sebelum tamat separuh masa pertama.


"Kami berusaha untuk bangkit pada babak kedua perlawanan tetapi keputusan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri.''


Pada perlawanan semalam, tiga gol JDT, masing-masing dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit keempat, diikuti Muhammad Ramadhan Saifullah Usman (m-14) dan Gonzola Gabriel (m-34).


Dua gol Pahang pula, masing-masing dijaringkan Mohd Faisal Abdul Halim minit ke-39 dan Herold Goulon (m-45).


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 10:29 AM

No comments:

Post a Comment