Ad

Friday, 28 August 2020

TRW mahu ‘rantai’ Casagrande

Oleh YATIMIN ABDULLAH

28 Ogos 2020, 10:14 pm

KOTA BHARU: Kelibat penggempur sensasi Harimau Kumbang, Anselmo Casagrande diramal menjadi ancaman utama The Red Warriors (TRW) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.


Pengendali TRW, Yusri Che Lah mahu barisan pemainnya memberikan ‘layanan’ istimewa kepada pemain berkenaan dalam pertemuan itu nanti.


“Sudah pasti pemain yang tinggi lampai itu menjadi masalah utama kepada kami. Hal ini kerana dia mampu menjaringkan gol dalam apa jua keadaan.


“Selain itu Casagrande turut mampu bertindak sebagai ‘pengumpan’ kepada rakan-rakan sepasukan untuk meledak jaringan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Selepas mengharungi empat perlawanan Liga Perdana, Casagrande sudah meledak enam jaringan.


Ketajaman penyudah tersebut meletakkan penyerang kelahiran Brazil perlu diberikan perhatian benteng pertahanan pasukan lawan dalam saingan musim ini.


Pengendali kelahiran Perlis itu memberitahu, dia menuntut barisan TRW untuk memberikan aksi lebih bertenaga pada perlawanan itu nanti.


Katanya, berdepan Harimau Kumbang bukan tugas mudah kerana pasukan itu mempunyai ‘pekej’ lengkap dari segenap posisi.


“Namun kita akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan TRW mengapai kemenangan pada perlawanan itu nanti.


“Saya menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pemain dan mereka mampu menggalas tugas itu dengan sebaik mungkin,” ujarnya.


Kelantan kini menghuni tangga ketujuh dalam carta Liga Perdana dengan mengumpul empat mata selepas empat perlawanan.SUMBER UM ONLINE

No comments:

Post a Comment