MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
MENJADI duri dalam daging ketika Malaysia menumpaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 November tahun lalu menyebabkan tonggak kebangsaan Safawi Rasid mendapat perhatian media seberang laut selepas tersebarnya berita perpindah pemain itu ke kelab liga utama Portugal Portimonense SC.
Walaupun luka kekalahan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil masih lagi berbekas hingga menutup peluang Sang Garuda melangkah ke pusingan seterusnya, namun pada satu sudut lain perpindahan Safawi turut membanggakan negara jiran itu.
Seperti sedia maklum, setakat ini tiada lagi pemain Asia Tenggara beraksi di Liga Portugal dan kehadiran Safawi nanti turut menaikkan lagi martabat bola sepak di rantau ini seterusnya menjadi pembakar semangat kepada pemain lain untuk turut melebarkan sayap ke eropah.
Kehebatan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak perlu disangkal lagi apabila rata-rata barisan skuad kebangsaan Indonesia mengakui kekuatan kaki kiri Safawi yang begitu luar biasa.
Jurulatih sementara skuad Sang Garuda ketika tewas tahun lalu, Yeyen Tumena pernah mengakui kehebatan Safawi dengan mengakui bakat yang dimiliki individu terbabit ketika beraksi menentang Malaysia.
"Saya sudah lihat Safawi dari Sukan Asia, dia pemain yang sangat bagus. Waktu itu, main di Jakarta. Dia sempat cetak (jaringkan) gol lawan Korea Selatan. Kaki kirinya sangat berbahaya. Dia mempunyai bakat luar biasa," katanya.
Pada perlawanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Malaysia menentang Indonesia tahun lalu menyaksikan Safawi meledak dua gol untuk mencipta kemenangan bergaya 2-0.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 9:30 PM
No comments:
Post a Comment