Ad

Thursday, 27 August 2020

Bermula gaji RM3,000, Safawi kini bernilai tinggi

MyMetroArena

SAFAWI memulakan karier dengan gaji hanya RM3,000. FOTO Agensi

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

RAMAI yang tidak mengetahui sebenarnya bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid hanya berpendapatan RM3,000 pada permulaan karier sebagai pemain profesional.


Perkara terbabit didedahkan bekas jurulatih Rahmad Darmawan ketika dia mengendalikan T Team kira-kira lima tahun lalu sekali gus menjadi antara individu bertanggungjawab menaikkan Safawi ke peringkat lebih tinggi.


Rahmad ketika ditemubual media Indonesia memberitahu bahawa dia sememangnya sudah melihat potensi dan kebolehan yang dimiliki pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu apabila mampu menyesuaikan diri bermain dengan rakan sepasukan yang lebih tua.


"Barisan kejurulatihan sering memanggil pemain muda untuk menjalani latihan bersama dan ketika itu saya melihat potensi Safawi yang baru saja berusia 16 tahun namun boleh bermain dengan baik.


"Saya memintanya supaya meneruskan latihan bersama skuad senior T Team dan mengambil keputusan menurunkan Safawi pada perlawanan liga," katanya yang kini melatih pasukan Madura United.


Jasa Rahmad terhadap Safawi boleh dikatakan besar apabila jurulatih itu turut meminta pengurusan menaikkan gaji berdasarkan aksi pemain itu yang banyak membantu pasukan.


"Pada usia 16 tahun, Safawi sudah menunjukkan keyakinan diri tinggi dan permainan berkualiti terutama membantu menutup kelemahan pasukan.


"Safawi boleh bermain di banyak posisi antaranya sayap kiri atau kanan, selain berperanan sebagai pemain tengah menyerang.


"Pada pertengahan musim saingan liga, saya meminta pengurusan menaikkan gaji Safawi daripada RM3,000 kepada RM6,000 kerana dia kerap bermain dalam kesebelasan utama," katanya.


Sebelum itu, menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di kelab liga utama Portugal Portimonense SC.


Safawi juga mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya Tunku Ismail untuk melebarkan sayap beraksi bersama Kelab itu.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 9:02 PM

No comments:

Post a Comment