Ad

Sunday, 30 August 2020

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

 SUKAN»Bola

Ahad, 30 Ogos 2020 | 8:46pm

Pemain pertahanan PDRM (biru) bertungkus lumus mengekang serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Foto BERNAMA

Pemain pertahanan PDRM (biru) bertungkus lumus mengekang serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Foto BERNAMA

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.myKUALA LUMPUR: Terpalit isu tunggakan gaji selama lima bulan, namun Kedah membuktikan situasi itu bukan penghalang untuk mereka beraksi baik apabila menang 2-0 ke atas PDRM di Cheras, di sini, kelmarin.

Jurulatih skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak mengakui apa yang membelenggu pasukan itu bukanlah satu perkara yang mudah namun dia bersyukur dikelilingi pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa komited.

"Sejujurnya, tidak mudah kalau anda pun berada dalam situasi saya tidak menerima gaji selama lima bulan. Tetapi apa yang boleh saya katakan mengenai moral pemain, sikap dan komitmen mereka menyatukan semua.

"Banyak pejuang dan pembantu dalam pasukan ini yang membolehkan kita mengharungi situasi sebegini. Ini dibuktikan apabila kita berjaya mengutip tiga mata malam ini (kelmarin). Kita beri sokongan kepada pengurusan untuk selesaikan masalah ini dan saya yakin moral pemain akan lebih bertambah baik.


"Kita memiliki pemain senior yang baik dan pemain import yang sentiasa percaya untuk meraih sesuatu musim ini sekalipun berdepan masalah. Pada waktu ini, tiada sesiapa yang sepatutnya berhenti dan kita perlu kekal bersama.


"Sangat penting untuk ada pemain senior dan kapten yang baik. Jadi saya bertuah ada semua ini jadi saya harap ia tidak berhenti setakat ini dan diteruskan dalam baki perlawanan musim ini," katanya.


Mengulas lanjut aksi berkenaan, Aidil mengakui percaturan untuk membuat sedikit perubahan pada aksi terbabit membuahkan hasil apabila ayam tambatannya, Tchetche Kipre cemerlang meledak dua gol.


"Kipre bermain dengan posisi berbeza malam ini (kelmarin) di mana saya tidak letakkan dia sebagai penyerang tetapi di bahagian kiri yang sebelum ini sering diisi Hadin (Azman). Kita cuba lakukan kelainan sebab kita mahu main dengan cara berbeza.


"Kipre beraksi dengan baik dan mendapat dua gol. Rakan sepasukan juga banyak membantu dia. Jadi pujian perlu diberikan kepada semua atas persembahan ini. PDRM adalah lawan yang sukar kerana sentiasa menekan kita sepanjang 90 minit perlawanan," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

No comments:

Post a Comment